Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mahkamah Syariah permudah pasangan rujuk dalam tempoh idah

Sep 17, 2023 | 05:30 AM



Mahkamah Syariah telah mempermudah cara bagi pasangan yang jatuh talak di luar mahkamah untuk merujuk semula dalam tempoh idah dan menyelamatkan perkahwinan mereka.

Ini termasuk mempercepat proses pendaftaran cerai bagi pasangan sedemikian supaya mereka boleh memulakan proses merujuk lebih awal dalam tempoh idah.

Ini dilakukan melalui proses Niat Untuk Rujuk (ITR) yang dibezakan dengan pasangan yang tempoh idah sudah berakhir.

Proses yang dibezakan itu membolehkan pasangan tersebut mendaftar perceraian mereka lebih awal daripada proses perceraian biasa.

Proses ITR melengkapi struktur perlindungan yang dibangunkan dalam proses perceraian mahkamah bagi memastikan perceraian adalah pilihan terakhir untuk pasangan dalam menghuraikan konflik rumah tangga yang dihadapi dan kepentingan anak kekal terjaga jika perceraian berlaku, kata Presiden Kanan Mahkamah Syariah, Cik Guy Ghazali.

Dalam wawancara bersama Berita Minggu (BM) baru-baru ini, Cik Guy berkata:


“Proses ITR disediakan untuk satu kategori perceraian yang mana talak sudah pun dilafazkan oleh suami di luar mahkamah tetapi belum ada permohonan perceraian difailkan di mahkamah dan suami isteri ingin berbaik semula sebelum tamatnya tempoh idah.

“Tidak semua kes talak yang dilafazkan di luar mahkamah berakhir dengan rujuk. Malah, kes sedemikian adalah minoriti,” tambahnya.

Dilaksana sejak November 2022, proses ITR yang dibezakan itu tidak menghendaki pasangan menjalani Program Kaunseling Perkahwinan (MCP) yang diwajibkan bagi pasangan yang mempertimbangkan perceraian, sebelum proses perceraian bermula di mahkamah.

Ini membolehkan pasangan menyelesaikan proses merujuk kembali dalam masa dua hingga tiga minggu, bergantung pada kes.

Bagi pasangan yang mahu merujuk kembali tetapi tempoh idah telah berakhir, mereka perlu menjalani program MCP.

Dilancar pada 2004, MCP bertujuan menyelamatkan perkahwinan.

Tetapi jika pasangan memilih mahu terus bercerai, ia akan menjadi wadah bagi pasangan membincangkan penjagaan dan perancangan hidup anak mereka.

Menurut Mahkamah Syariah, lebih 27,000 rujukan dibuat dalam tempoh 10 tahun pertama MCP dilancarkan.

Sejumlah 44 peratus pasangan dalam program itu memutuskan untuk tidak meneruskan perceraian.

Mahkamah Syariah, yang menyambut ulang tahunnya yang ke-65 November ini, telah mempertingkatkan beberapa prosesnya dalam beberapa tahun kebelakangan.

Selain proses ITR yang dibezakan, ia juga telah memperkenalkan proses dipertingkat bagi mewawancara anak-anak yang penjagaannya dipertikaikan sedang ibu bapa mereka menjalani proses perceraian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >