Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Murid akhirnya upaya ambil PSLE dan lulus - selepas 3 tahun dek pembedahan di otak

Nov 24, 2022 | 05:30 AM



SATU pembedahan untuk mengeluarkan ketumbuhan barah di bahagian otaknya tiga tahun lalu bermakna dia tidak dapat memenuhi harapan untuk menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) bersama rakan-rakan sebaya.



Semalam, Izzat Hakim Sharif, 15 tahun, yang ditemani ibu bapanya, datang berkerusi roda untuk mengambil keputusan PSLE di Sekolah Rendah Gongshang.



Berkongsi dengan Berita Harian (BH), Izzat menyatakan bahawa tiga tahun yang lalu, dia sama sekali tidak menjangka berpeluang menduduki peperiksaan PSLE.



"Mengambil peperiksaan PSLE nampak begitu mustahil selepas pembedahan yang saya lalui tetapi dengan sokongan semua orang, saya bersyukur kerana saya berjaya melakukannya sebaik mana yang saya mampui," katanya.



Pembedahan pada 2019 itu serta rawatan susulan menyaksikannya berada di hospital selama lebih setengah tahun. Dia kehilangan keupayaan untuk bercakap, menelan makanan, bergerak atau berjalan - menghambatnya daripada menghadiri kelas di sekolah.



Sesi radiasi dan kemoterapi yang dijalaninya untuk beberapa bulan turut menjejas kesihatannya.



Justeru, Izzat terpaksa melupakan sahaja hasratnya untuk menduduki PSLE pada tahun itu.



Izzat akhirnya kembali ke sekolah tahun ini setelah dia berasa lebih kuat dan berupaya untuk menghadiri sekolah.



Berkat sokongan keluarga dan sekolah, dia lulus PSLE dan ghairah mahu melangkah ke sekolah menengah tahun depan.



LAPORAN SELANJUTNYA: Tempuh pelbagai cabaran untuk duduki PSLE 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >