Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

WAWANCARA BERSAMA DR YAACOB IBRAHIM

Penyiaran dan filem di pelbagai wadah diteliti

Untuk pastikan kandungan antara lain tidak jejas keharmonian kaum dan agama
CSA
Jan 07, 2017 | 05:30 AM



PEMERINTAH akan mengemas kini Akta Filem dan Akta Penyiaran tahun ini untuk mengambil kira definisi filem dan penyiaran yang kian berubah dengan perkembangan teknologi.



Menyatakan demikian, Menteri Perhubungan dan Penerangan, Dr Yaacob Ibrahim, berkata perubahan itu penting demi memastikan kandungan yang disiarkan tidak menjejas keharmonian kaum dan agama di negara ini.



"Apakah cara kita memastikan rejim baru ini memahami cara mengawal dan memelihara beberapa perkara?



"Peranan kami selama ini adalah memastikan apa yang ditayangkan di Singapura tidak menjejas keharmonian kaum dan agama serta keselamatan sosial, dan mematuhi norma tingkah laku dari segi klasifikasinya," ujar Dr Yaacob dalam satu wawancara dengan Berita Harian baru-baru ini.



Beliau yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Keselamatan Siber memberi contoh khidmat televisyen Internet Netflix dari Amerika Syarikat yang dibenarkan disiarkan di Singapura tahun lalu.



Undang-undang baru itu akan menjelaskan cara mengklasifikasikan kandungan Netflix dan memastikan ia bertepatan dengan norma di Singapura, kata Dr Yaacob.



Namun, beliau akur masih ada bahan di Internet yang akan tetap sukar dikawal.



Selain rang undang-undang bagi meminda Akta Filem dan Akta Penyiaran, pemerintah akan turut memperkenal rang undang-undang Keselamatan Siber di Parlimen tahun ini.



Undang-undang baru itu akan memberi kuasa kepada Agensi Keselamatan Siber (CSA), yang ditubuhkan pada 2015, untuk mengambil tindakan dan bekerjasama dengan sebuah sektor bagi mengatasi krisis atau serangan yang berlaku dalam sektor itu.



Selain itu, undang-undang itu membolehkan pemerintah melakukan audit dan pemeriksaan bagi memastikan pelbagai sektor mempunyai sistem keselamatan siber yang mencukupi, kata Dr Yaacob.



"Rang undang-undang itu akan mempunyai beberapa bahagian tetapi pada umumnya akan meliputi perkara yang perlu dilakukan sewaktu masa aman dan semasa krisis," ujarnya.



Dalam temu bual dengan Berita Harian di Perpustakaan Negara itu, beliau mengupas pelbagai topik termasuk tugas di Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI), isu global, ehwal masyarakat Melayu/Islam serta isu Pilihan Raya Presiden yang dikhaskan untuk orang Melayu tahun ini.



Wawancara itu disiarkan dalam dua bahagian pada hari ini dan esok.



Ekonomi digital tawar peluang menarik bagi warga




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >