Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Mantan pengerusi UOB, Wee Cho Yaw, meninggal dunia

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mantan pengerusi UOB, Wee Cho Yaw, meninggal dunia

Feb 03, 2024 | 05:58 PM



Bilionair, pengerusi emeritus dan penasihat kehormat UOB, Dr Wee Cho Yaw, meninggal dunia pada usia 95 tahun pada 3 Februari.

UOB, dalam satu kenyataan di Facebook, mengumumkan pemergian mendiang Dr Wee yang disifatkan sebagai tokoh bank berwawasan yang merupakan tonggak masyarakat dan pengasas dunia perbankan setempat yang terkenal.

Sehingga 2 Februari 2024, nilai bersih Dr Wee dianggarkan syarikat media sejagat, Forbes berada pada $7.2 bilion.

Beliau memimpin UOB Group selama lebih 60 tahun dan bersara pada April 2018.

Di bawah kepimpinannya, aset bank itu meningkat daripada $2.8 bilion kepada lebih $253 bilion, dengan tambahan pesat daripada 75 kepada lebih 500 cawangan dan pejabat di seluruh dunia.

Pengerusi UOB, Encik Wong Kan Seng, memuji Dr Wee sebagai salah seorang “usahawan paling berjaya” di Singapura.

“Melalui kerja keras, keazaman, ketegasan dan nilai Asia yang kukuh, beliau membina UOB menjadi salah satu bank paling dikagumi di dunia.

“Kehadirannya pada kedudukan menjulang tinggi dapat dilihat di seluruh Singapura melalui banyak industri, perniagaan, individu dan masyarakat yang disokong UOB selama ini. Beliau juga telah membuat banyak sumbangan penting kepada pembangunan Singapura sebagai pusat kewangan sejagat,” jelas Encik Wong yang pernah menggalas amanah sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Anak mendiang Encik Wee yang kini Timbalan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif UOB, Encik Wee Ee Cheong, berkata bapanya meninggalkan kesan berkekalan di Singapura dan rantau ini.

“Beliau adalah sumber inspirasi bagi saya dalam semua aspek kehidupan. Banyak yang boleh diperkatakan tentang kepintaran niaga dan urusan membuat perjanjian tetapi nilai penghormatan, keusahawanan, perpaduan dan komitmen akan menjadi legasi yang beliau tinggalkan buat kami di UOB,” jelasnya dalam satu kenyataan media.


Mendiang Dr Wee, yang dilahirkan di Kinmen, Taiwan, merupakan pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif UOB dari 1974 hingga 2007, memiliki lebih 18 peratus bank itu, menurut laporan tahunan 2022 UOB.


Forbes menyenaraikan mendiang sebagai individu kelapan dalam senarai 50 orang terkaya Singapura, dan bilionair ke-325 terkaya di dunia.


Bapanya, Encik Wee Kheng Chiang, adalah pengasas bersama United Chinese Bank (UCB), yang merupakan bank pendahulu UOB.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >