Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24

Mantan presiden Halimah akan kongsi pengalaman kerjaya, nasihat bagi golongan muda

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mantan presiden Halimah akan kongsi pengalaman kerjaya, nasihat bagi golongan muda

Buka tirai Siri Jauhari anjuran BH dan OMGXBH bagi pemenang Anugerah Jauhari Berita Harian kongsi kisah kejayaan hidup, kerjaya sebagai inspirasi dan dorongan
May 10, 2024 | 03:55 PM



Bagaimanakah mantan presiden Puan Halimah Yacob memulakan kerjayanya dari awal hingga berjaya menjawat jawatan tertinggi negara?

Apakah pengalaman dan nasihat kehidupan dan kerjaya yang boleh dikongsi beliau kepada anak-anak muda sebagai pengajaran?

Ikutilah satu sesi istimewa yang diperkenalkan akhbar Berita Harian dan wadah berita BH bagi golongan muda, OMGXBH, yang akan diadakan mulai 31 Mei.


Sesi perkongsian inspirasi itu bertujuan membolehkan pemenang Anugerah Jauhari Berita Harian mengongsi kejayaan kehidupan dan kerjaya mereka bersama golongan muda sebagai inspirasi dan dorongan.

BH menganjurkan Anugerah Jauhari secara tahunan sejak 25 tahun lalu bagi mengiktiraf sumbangan individu dalam masyarakat Melayu/Islam yang cemerlang.


Antara penerima anugerah itu ialah Puan Halimah (2016); Ketua Pegawai Maklumat Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Cik Shirin Abdul Hamid (2021); mantan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bank of Singapore, Encik Bahren Shaari (2018); pakar jantung, Profesor Madya Abdul Razakjr Omar (2013); pemain golf antarabangsa, Encik Mardan Mamat (2006); dan CEO SingPost, yang sebelum ini merupakan karyawan SMRT, Encik Shahrin Abdol Salam.

Mengulas mengenai inisiatif itu, Editor BH, Encik Nazry Mokhtar, berkata: “Para pemenang Anugerah Jauhari BH merupakan tokoh dalam masyarakat Melayu/Islam yang telah menempa nama kerana kejayaan mereka dalam bidang masing-masing.

“Mereka mempunyai pengalaman, panduan dan nasihat kehidupan dan kerjaya yang berguna, yang boleh dikongsi dengan anak-anak muda.

“Justeru itulah, kami menganjurkan Siri Jauhari: Inspirasi Untuk Golongan Muda, yang merupakan satu sesi inspirasi bulanan.

“Dalam sesi ini, golongan muda berpeluang berinteraksi dan menanyakan soalan kepada para pemenang Anugerah Jauhari yang dipilih.”







Dalam sesi perkongsian pertama bertajuk Merealisasikan Potensi: Perjalanan Mencapai Jawatan Tertinggi Negara, Puan Halimah akan berkongsi pengalaman beliau memulakan kerjayanya sebagai peguam dan kemudian dilantik menjadi Speaker Parlimen Wanita pertama Singapura dan seterusnya Presiden Singapura.


Beliau akan berkongsi cabaran yang dihadapinya serta memberi nasihat bagi golongan muda dalam menempuh kehidupan dan kerjaya mereka.

Puan Halimah merupakan Presiden wanita pertama Singapura dan berkhidmat sebagai ketua negara dari 2017 hingga 2023.

Beliau kini telah bersara dan kini menjadi Canselor Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS).

Acara bulanan itu akan diadakan selama enam bulan secara percuma. Siri Jauhari itu disokong oleh unit maklum balas pemerintah, Reach.

Ia dibuka bagi semua golongan muda, khususnya, pelajar posmenengah dan pengajian tingggi, serta karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) muda.

Sesi pertama akan dijalankan secara santai di kafe (working title) di 1 McNally Street, Blok D, #01-01, Maktab Seni LaSalle pada 31 Mei 7.30-9.30 malam.

Jamuan makan dan ruang solat disediakan.

Untuk pendaftaran, sila isi borang https://go.gov.sg/omgxbhjauhari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >