Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Pelajar S’pura catat prestasi terbaik dalam matematik, sains dan bacaan: kajian

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar S’pura catat prestasi terbaik dalam matematik, sains dan bacaan: kajian

Dec 05, 2023 | 07:56 PM



Golongan pelajar berusia 15 tahun di sini, muncul sebagai golongan pelajar yang meraih prestasi terbaik dalam satu tinjauan bagi menilai kebolehan pelajar menggunakan ilmu dan kemahiran mereka untuk menyelesaikan masalah nyata.

Berdasarkan prestasi seramai 6,606 pelajar dari 149 sekolah menengah dan sekolah swasta, termasuk sekolah antarabangsa dan madrasah di sini, Singapura menduduki tempat pertama bagi matematik, sains dan bacaan dalam Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (Pisa) 2022.

Tinjauan tersebut yang dijalankan sekali setiap tiga tahun oleh Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), ditangguh setahun ekoran pandemik Covid-19.

Dalam tinjauan terakhir Pisa pada 2018, Singapura menduduki tempat kedua selepas China. China tidak menyertai tinjauan terkini itu sebab sekolah ditutup sewaktu kajian dijalankan.

Jika dibandingkan dengan keputusan 2018, pelajar Singapura yang menyertai Pisa 2022, mengekalkan prestasi mereka dalam matematik dan menyaksikan perubahan lebih baik dalam sains. Namun prestasi mereka turun sedikit dalam bacaan.

Kementerian Pendidikan (MOE) berkata kemerosotan dalam bacaan bagi kalangan pelajar Singapura, sama dengan pelajar dari negara lain dan mungkin mencerminkan kesan perubahan tabiat bacaan secara global.

Dapatan Pisa terkini itu juga menunjukkan bahawa Singapura kekal mempunyai kadar tinggi pelajar yang berprestasi baik.

Dalam bacaan, misalnya, 23 peratus pelajar di Singapura meraih prestasi tertinggi. Bagi matematik dan sains, perangkaannya masing-masing adalah 41 dan 24 peratus.

Mereka yang meraih prestasi tinggi mempunyai kemahiran pada tahap lima dan enam.

Pada masa yang sama, Singapura mempunyai bilangan pelajar lebih rendah dengan prestasi rendah dalam bacaan pada kadar 11 peratus dan dalam matematik serta sains pada kadar lapan peratus. Ini merujuk kepada pelajar yang mencapai tahap kemahiran di bawah peringkat dua.

Dalam kenyataannya, MOE berkata keputusan Pisa 2022, yang ditimbangkan bersama keputusan kajian penilaian antarabangsa lain, iaitu Tinjauan Kemajuan dalam Kecelikan Membaca Antarabangsa (Pirls), mengesahkan semula daya tahan sistem pendidikan Singapura.

Dalam kajian Pirls yang diterbit pada Mei, golongan pelajar darjah empat muncul sebagai pelajar yang paling mahir dalam bacaan di dunia.

MOE turut mengucapkan penghargaannya kepada para guru di sini dengan menyatakan keputusan tersebut, mencerminkan kerja keras daripada pihak sekolah dan guru-guru dalam menyokong pembelajaran dan kemaslahatan pelajar semasa pandemik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >