Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24

Perlu lebih banyak sokongan kesihatan mental bagi wargaemas: AP

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perlu lebih banyak sokongan kesihatan mental bagi wargaemas: AP

Feb 06, 2024 | 09:04 PM



Beberapa Anggota Parlimen (AP), termasuk Encik Sharael Taha (GRC Pasir Ris-Punggol) dan Cik Nadia Ahmad Samdin (GRC Ang Mo Kio), membangkitkan kebimbangan dan menggesa lebih banyak sokongan kesihatan mental bagi warga emas.

Ini termasuk menggalakkan masyarakat supaya mendapatkan pengetahuan dan pemahaman yang betul tentang keadaan kesihatan mental dan mengukuhkan rangkaian sokongan tidak formal dalam masyarakat.

“Untuk menggalak kesihatan mental dan kesejahteraan warga emas yang tinggal bersendirian dan penjaga kanan dalam masyarakat, kita perlu berusaha menormalisasikan perbualan yang berkaitan dengan kesihatan mental.

“Kita memerlukan masyarakat yang lebih luas untuk mempunyai pengetahuan dan pemahaman yang betul tentang keadaan kesihatan mental yang akan membantu dalam pengiktirafan, pengurusan atau pencegahan isu kesihatan mental.

“Ini termasuk keupayaan mengenali simptom keadaan kesihatan mental dan mengetahui tempat untuk mendapatkan bantuan,” kata Encik Sharael.

Beliau juga berkata bahawa lebih banyak usaha perlu dilakukan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan mental, dan memperbaiki sikap masyarakat serta mengurangkan stigma terhadap individu yang mempunyai keperluan kesihatan mental.

Cik Nadia berkata beliau kecewa kerana Strategi Kesihatan Mental dan Kesejahteraan Kebangsaan tidak menyatakan apa yang boleh Singapura lakukan dengan lebih baik untuk kesihatan mental warga emas.

“Walaupun terdapat usaha menjauhkan stigma berkaitan perbualan kesihatan mental dan menggalakkan tingkah laku mencari pertolongan adalah berniat baik, sesetengah warga emas melahirkan kesukaran membincangkan kesihatan mental kerana ia dianggap tabu.

“Sentimen ini juga dicerminkan dalam Tinjauan Kesihatan Penduduk Nasional 2022, kerana kadar penduduk yang paling kurang bersedia mendapatkan bantuan daripada profesional penjagaan kesihatan atau rangkaian sokongan tidak rasmi mereka adalah orang dewasa yang lebih tua berumur 60 hingga 74 tahun.

“Trend ini membimbangkan kerana peratusan kematian warga emas akibat bunuh diri pada 2020 mencapai paras tertinggi dalam tempoh 31 tahun,” kata Cik Nadia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >