Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24

Peserta korban Perdaus boleh ambil daging atau derma kepada yang memerlukan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERDAUS

Peserta korban Perdaus boleh ambil daging atau derma kepada yang memerlukan

May 10, 2024 | 05:30 AM



Orang ramai berpeluang mengagihkan daging korban dan akikah di Singapura melalui kerjasama Perdaus dengan pengendali projek Qurban Perdaus di Australia, syarikat tempatan SBY Frozen Food Supply Pte Ltd, pada 2024.

Bagi yang berminat mengedarkan daging korban di Singapura, mereka boleh memilih tempahan pakej korban daging kambing biri-biri dari Australia dengan harga $360. Hal ini kerana daging untuk semua tempahan lain akan diedarkan kepada penduduk tempatan di negara masing-masing.

Proses daging korban kambing biri-biri ini akan dilakukan di Australia pada 10 Zulhijah atau 17 Jun 2024, iaitu hari umat Islam menyambut Aidiladha. Kemudian, ia akan dibungkus dan diterbangkan ke Singapura serta diproses dengan sebaiknya bagi penghantaran ke depan pintu rumah anda dalam masa lebih kurang dua minggu selepas Aidiladha.

Pegawai Kanan Perkhidmatan Korporat Perdaus, Cik Khatim Hamidon, menerangkan bahawa peserta korban mempunyai dua pilihan sama ada ingin mengambil daging korban tersebut atau mendermakan kepada masyarakat.

“Kami mempunyai pelanggan setia yang mahukan daging ini diterbangkan ke Singapura kerana mereka berpuas hati dengan perkhidmatan Perdaus. Mereka mengambil sebahagian daripada daging korban mereka sendiri, sambil berkongsi daging tersebut dengan keluarga dan rakan mereka.

“Pembungkusan dilakukan dengan cara yang senang kerana daging dipotong menjadi kepingan lebih kecil dan dibungkus menggunakan teknik vakum secara berasingan. Bagi pakej ini, anda boleh menerima semua atau dua pertiga daripada daging korban anda.

“Keseluruhan pakej adalah kira-kira 16 kilogram hingga 18 kilogram. Jika anda memilih satu pertiga daripada daging tersebut untuk didermakan, ia akan diedarkan kepada masyarakat di Singapura, termasuk mereka yang memerlukan,” ujar Cik Khatim.

Selain itu, Perdaus juga meneruskan kerjasama bersama pengendali korban, A2A Global, yang akan menghantar wakil ke Australia, dan mengagihkan daging kambing biri-biri kepada orang yang memerlukan di Tebing Barat, Palestin. Setiap kambing biri-biri yang dagingnya akan diagihkan di sana berharga $350.

Menyalurkan sumbangan di negara jiran, Perdaus bekerjasama dengan rakan kongsinya, Yayasan Peduli Umat Malang (PUMA), untuk mengagihkan daging kambing kepada masyarakat yang memerlukan di daerah Malang, Indonesia.

Acara penyembelihan kambing untuk ibadah korban, akikah, nazar dan infak tersebut akan dilakukan pada 10 hingga 11 Zulhijah 1145H bersamaan 17 hingga 18 Jun 2024, iaitu pada hari Raya Aidiladha dan hari pertama tasyrik.

Para peserta juga berpeluang menjalankan ibadah korban lembu di Kemboja, yang akan dilakukan pada 12 Zulhijah 1145H atau 19 Jun 2024, iaitu hari tasyrik kedua.

Kerjasama dengan Persatuan Pembangunan dan Pendidikan Islam Kemboja (IDEA) turut berlangsung bagi pengagihan daging lembu korban kepada orang yang memerlukan di Tbong Khmom, Kemboja, bersama dengan pek barangan runcit.

Cik Khatim menambah:

“Kami cukup teruja dengan setiap tempahan pakej ibadah korban, kerana ia mencerminkan sikap prihatin masyarakat Islam kita dalam menunaikan ibadah tahunan ini, dan juga sikap prihatin mereka dengan keadaan masyarakat Islam yang berada di luar negara.

“Tambahan, projek Qurban Perdaus turut membiayai projek dakwah dan kebajikan kami.”

Orang ramai boleh mengetahui status korban melalui WhatsApp dan Facebook yang akan dikemaskini oleh Perdaus. E-sijil akan dihantar kepada peserta dalam masa sebulan, jika mereka telah memohonnya.

Tarikh pendaftaran untuk korban dan akikah ditutup pada 10 Jun 2024 bagi semua tempahan dan 3 Jun 2024 bagi korban kambing biri-biri Australia, selagi bekalan masih ada.

CARA DAPATKAN KHIDMAT KORBAN PERDAUS


+ Layari laman Perdaus di https://qurban.perdaus.org.sg

+ Perdaus menerima pelbagai cara pembayaran, termasuk tunai dan dalam talian.

+ Hadir di pejabat Perdaus melalui janji temu sahaja.

+ Imad Perdaus Bedok: Blok 125 Bedok North Road #01-115 S460125. Telefon: 8127-3729.

+ Imad Perdaus Bukit Batok: Blok 364 Bukit Batok Street 31 #01-259 S650364. Telefon:6513-2300.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >