Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

ATLET MINGGU INI

Juara Terbuka AS puncak kehebatan Coco Gauff

Sep 18, 2023 | 05:30 AM



NEW YORK: Terdapat satu video di media sosial yang menunjukkan Coco Gauff sedang menari di Stadium Arthur Ashe di Queens, New York City, ketika berusia lapan tahun.


Kira-kira 11 tahun kemudian, remaja Amerika itu berdiri di stadium yang sama – kali ini menjulang piala Grand Slam yang telah lama diimpikannya.

Gauff mula menonjol sebagai pemain tenis berbakat semasa beraksi di Wimbledon pada 2019 – semasa berusia 15 tahun.

Selepas menewaskan pemain nombor satu dunia Aryna Sabalenka 2-6 6-3 6-2 dalam perlawanan di New York, beliau memberikan ucapan yang menyentuh hati semua.

Beliau berkongsi rahsia tentang ayahnya yang menangis semasa meraikan kemenangan anaknya dan juga menegur mereka yang meragui kemampuannya.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang tidak yakin dengan potensi saya,” katanya.

Beliau berkata, mereka menyangka mereka boleh menghalangnya tetapi sebaliknya ia membuat beliau lebih terdorong untuk mencapai kecemerlangan.

Gauff turut mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa, datuk nenek, jurulatih, penyokongnya dan yang lain kerana membantunya selama ini.

Beliau juga memberikan penghargaan kepada Billie Jean King, juara utama perintis yang memperjuangkan kesaksamaan jantina dalam sukan itu, kerana membolehkannya membawa pulang hadiah wang tunai AS$3 juta ($4.09 juta).

Gauff kini lebih bersedia untuk berdepan dengan apa sahaja cabaran yang bakal tiba.

“Saya rasa ini satu pencapaian besar, tetapi sejujurnya saya seperti sudah biasa menjadi tumpuan umum sejak saya berusia 15 tahun,” katanya.

Gauff bukan sahaja menonjol dalam sukan itu kerana kebolehannya dalam tenis, bahkan juga kerana personalitinya yang menarik.

Secara ringkas, beliau mempunyai satu ciri yang tidak boleh diajar atau pelajari: mutu bintang.

Beliau lantang bersuara pada masa lalu tentang ketidakadilan kaum dan jenayah senjata api di Amerika Syarikat.

“Beliau melangkaui usianya,” kata Jarmere Jenkins, salah seorang anggota pasukan kejurulatihan baharu Gauff, kepada BBC Sport.


Jenkins juga gembira bahawa beliau tidak mendapat perhatian seperti Gauff kerana beliau tidak akan tahu bagaimana untuk menanganinya.

Semasa Gauff kalah dalam pusingan pertama kepada Sofia Kenin di Wimbledon pada Julai, Gauff kelihatan terkejut.

Gauff masih kecewa apabila beliau bercakap kepada media beberapa jam kemudian.

Walaupun tetap fasih bercakap, jawapannya tentang kekalahan tersebut pendek dan padat – beliau kecewa dan ini menjadi pemangkin untuk bekerja lebih keras lagi.

“Saya rasa saya telah bekerja keras, tetapi jelas ia tidak mencukupi. Saya perlu kembali berfikir dan meneliti dan melihat apa yang perlu diperbaiki,” kata Gauff di Kelab All England.

Dua bulan kemudian beliau bertambah baik secara ketara.

Gauff telah menewaskan pemain nombor satu dunia, Sabalenka, untuk memenangi gelaran Grand Slam sulung selepas memenangi dua gelaran terbesar dalam kerjayanya setakat itu di Washington dan Cincinnati.

Beliau juga menyatakan bahawa beliau membaca komen-komen negatif dan tahu siapa yang memberikan komen-komen tersebut.

Ini menjadikan piala yang dimenanginya lebih bermakna kepadanya.

Kemunculan Gauff di Wimbledon pada 2019 menarik perhatian dunia, dan mendatangkan banyak ramalan – ada yang lebih menggalakkan daripada yang lain – tentang berapa banyak piala Grand Slam yang akan dimenanginya.

Analisis lebih munasabah adalah, beliau memerlukan masa untuk matang di gelanggang dan mengembangkan permainannya apabila beliau beralih sepenuh masa ke Jelajah Persatuan Tenis Wanita (WTA).

Kemajuannya sejak itu ketara dan stabil, menjadi pemain 10 teratas dunia sepanjang 12 bulan lalu tanpa memenangi gelaran utama.

Salah satu faktor utama di sebalik keputusan pertandingan Gauff yang bertambah baik ialah pasukan kejurulatihan baru yang membimbingnya.

Pere Riba, warga Sepanyol yang pernah bekerja bersama pemain China Zheng Qinwen, mengetuai kakitangan tersebut.

Pukulan depan Gauff telah dikenal pasti sebagai kelemahan dan sering menjadi sasaran pihak lawan, termasuk Sabalenka pada perlawanan peringkat akhir pada 10 September lalu.

Namun, Jenkins menafikan ia adalah isu teknikal yang serius.

Beliau menyatakan mereka tidak melakukan apa-apa mengenai pukulan depannya dan terdapat pemain yang pukulan depannya lebih teruk dan masih memenangi Grand Slam.

Jenkins menegaskan bahawa ia bukan mengenai teknik, tetapi mengenai kepercayaan dan keyakinan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >