Mencari yang hilang

Kekadang menemukan kita

Kepada rahsia-rahsia

Yang dulunya tersembunyi

Oleh kekaburan akal

Dan kesamaran arah

Lalu kita belajar

Mengatur keutamaan

Wajar dan insaf

Bahawa kehilangan

Bukan pengakhiran segala

Tapi ia mungkin suatu permulaan

Perjalanan hidup

Yang lebih bererti.

Norulashikin Jamain

Laporan berkaitan
Sajak: BahangMay 28, 2023 | 2:20 PM
TiangJan 23, 2022 | 10:40 AM