Kebenaran pasti bersinar benar
apabila kebatilan tergeliat tercalar nanar
tiada lagi onar berkicau racau
keadilan mengakar ke bumi insani
merafakkan mutmainah
menggapai ke langit kemanusiaan
berjalur isbat berulit hasanah.

Kebenaran pasti bersinar benar
sentiasa basah dalam diri yang tercabar
penuh tabah dan sabar
atas nama islah
menepis kebatilan yang resah
menggugah tak sudah
mampu dihalau
sekalipun terbeban menerjah
seribu musim kemarau.

Laporan berkaitan
Manikam Pilihan JauhariJul 19, 2026 | 5:30 AM