Hidup tidak berada di jalan yang lurus
Penghujungnya masih terselindung jauh
Singgah dahulu di mana-mana
Untuk melepaskan keluh kesah
Jeda waktu yang terkurung masa lalu
Kenangan itu tidak semuanya indah
Bertangguh di hati tak tertunai janji
Jalan berliku tak kedengaran ratapan.
Hidup ini menemukan jalan kembali
Dari susur keluar yang menyimpang
Tak perlu bimbang dan ragu
Titik-titik henti yang tersembunyi
Umpama kemalangan dan putus nyawa
Hanya hati yang percaya berbicara
Perjalanan hidup tidak pernah tertunda
Seperti menepati kasih sayang Ar Rahim
Terbayang jalan sebenar Siratal Mustaqim.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg