Sejarah mematangkan kita
rasa kejituan dilontar lalu
meninggalkan hiruk-pikuk nan berdebu
jauh dimamah usia
ditelan dalam sorotan warta dan sejarah
nada-nada sumbang semakin hanyut tidak kedengaran
Kita terus menuju harapan
kuntuman mekar mewarna impian
mewangi di genggaman
kita semarakkan seluruh alam
harmoni sesama insan
kita dakap menuju kebahagian
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg