Enam puluh tahun bukan satu angka di kalendar
Ia lambang suara perjuangan penduduk jelata
Tenaga empat kerat membina dari tanah rata
Jiwa dan semangat tidak pernah gentar
Pada getir, taufan, ombak dan api
Dulu
Kita hanya sebuah titik merah kecil di peta dunia
Berlayar tanpa kompas tanpa layar tanpa arah
Tapi kini
Kita kilauan cahaya emas
Di persimpangan setiap benua


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg