Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

INSTITUSI EL BAYAN

Gandingan amal, infak ke Institusi El Bayan dan berwakaf Al-Quran Al-Fahmi

Sep 29, 2023 | 05:31 AM



Institusi pendidikan Islam terkemuka, Institusi El Bayan, telah melancarkan projek terbarunya bertajuk ‘Wakaf Al-Quran Al Fahmi’. Projek ini diperkenal dengan tujuan memberi manfaat kepada pelajar tahfiz, individu daripada institusi-institusi Al-Quran, serta semua pencinta Al-Quran di seluruh dunia.

Penulis dan penerbit Al-Quran Al-Fahmi, Ustaz Syed Nasir Omar Alsagof, berkata penghasilan Al-Quran Al-Fahmi berperanan meningkatkan kefahaman pencinta Al-Quran melalui bantuan terjemahan yang lebih terperinci bersama tafsir ringkas.

Tambahnya: “Saya mendapati ramai anggota masyarakat Islam hari ini sudah semakin dekat dengan Al-Quran. Cuma, keupayaan mereka memahami Al-Quran mungkin sedikit terbatas. Oleh itu, tujuan saya menyusun Al-Quran ini adalah untuk mengeluarkan sebuah Al-Quran yang mempunyai terjemahan makna yang lebih terperinci.

“Apabila pembaca menggunakan Al-Quran Al Fahmi, mereka dapat memahami maksud Al-Quran dengan lebih jelas, sekali gus meningkatkan kosa kata bahasa Arab mereka. Sasaran saya, merangkumi semua golongan muda atau dewasa yang cintakan Al-Quran. Mereka yang berminat mendalami makna-makna Al-Quran, maka Al-Quran Al-Fahmi dapat menjadi rujukan terbaik.”

KELEBIHAN WAKAF
AL-QURAN AL FAHMI

Penyelaras Projek Wakaf Al-Quran Al-Fahmi, Encik Raden Zainal Mustafa, menerangkan, penerbitan Wakaf Al-Quran Al-Fahmi memiliki beberapa keunikan tersendiri, sesuai dengan tema projek iaitu eksklusif, barakah dan mudah.

“Pertama, terjemahan Al-Quran ini bersifat eksklusif kerana ia hasil penulisan asatizah tempatan iaitu Ustaz Syed Nasir Omar Alsagof. Kedua, apabila pembaca Al-Quran membaca dan memahaminya, banyak keberkatan yang akan diperolehi pembaca dan pewakaf Al-Quran.

“Akhir sekali, melalui Institusi El Bayan, ia mudah untuk melaksanakan amalan berwakaf untuk diedarkan kepada institusi Al-Quran yang ada di serantau ini. Oleh itu, setiap Muslim yang berupaya membaca Al-Quran harus memilikinya sama ada di rumah ataupun di institusi dan mewakafkannya bagi meraih manfaat bersama,” katanya.

DAPATKAN UNTUK DIRI SENDIRI MENERUSI INFAK

Menurut Encik Raden Zainal lagi, selain berwakaf Al-Quran langsung kepada Yayasan Dar El Bayan dan pusat tahfiz berkaitan, mereka yang ingin memiliki Al-Quran ini boleh berinfak kepada Institusi El Bayan. Dana yang disalurkan akan digunakan untuk program-program Al-Quran di Institusi El Bayan.

Bagi projek ini juga, nama-nama pewakaf Al-Quran akan dikhaskan dalam 1 muka surat bagi setiap naskhah yang diwakafkan.

Nilai satu nama pewakaf hanya $35 sahaja dan boleh dikongsi wakaf hingga 10 orang nama pewakaf.

CARA MUDAH BERWAKAF MENERUSI INSTITUSI EL BAYAN


1. Imbas kod QR yang disediakan.

2. PayNow ke UEN: 202031554C.

3. Pemindahan wang ke dalam akaun UOB bernombor 3643279280.

4. Langsung ke Institusi El Bayan di 228, Changi Road #01-06, Singapura 419741.

5. Hubungi talian 9888-8820 untuk mendapatkan keterangan lanjut dan maklumat yang diperlukan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >