Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

MADRASAH AL-MA’ARIF AL-ISLAMIAH

Korban diselenggara dengan dokongan pesantren bagi projek lintas negara

Jun 16, 2023 | 05:31 AM



Pada tahun ini, genap 14 tahun Madrasah Al-Ma’arif Al-Islamiah melaksanakan amanah dan menjalankan program korban kambing di luar negara. Ibadah korban ini diadakan demi membantu warga susah dan fakir miskin di Indonesia serta menyokong program pembangunan Madrasah Al-Ma’arif. 

Program korban dan akikah ini diadakan di Pesantren Baabussalaam, di Kopo, Bandung, Indonesia. Keluasan kandang kambing ini 350 meter persegi dan dikendalikan oleh tiga pembantu demi memastikan persekitaran yang sentiasa bersih dan teratur. Kambing yang disediakan juga dipastikan sihat, tidak berpenyakit dan mempunyai berat badan sekitar 21 hingga 24 kilogram seekor. 

Pegawai Pengumpulan Dana Madrasah Al-Ma’arif, Cik Siti Radhiyah Rahmat, berkata segala urusan dan pelaksanaan bagi ibadah korban ini dijalankan dengan tulus, mengikut syariat, selamat dan menepati jangkaan penderma di sini. 

“Alhamdulillah, urusan yang mudah dan silaturahim yang erat membuat kami selesa dan yakin mahu terus melaksanakan ibadah korban di sana. Tempat bagi korban ini dijalankan di perkampungan Kopo, Bandung, dan terdapat ramai warga daif dan kurang berkemampuan di sekitar pesantren. Dengan itu, mereka juga akan mendapat bahagian daging korban itu nanti dengan mudah.

“Sokongan yang diberikan oleh pihak pesantren juga sangat memberangsangkan, ramai sukarelawan yang membantu daripada menyembelih haiwan, memotong daging, memasak (bagi tempahan akikah) dan sebagainya.

“Terdapat juga bekas pelajar pesantren itu sendiri membantu serta berkhidmat di pesantren tersebut. Kami akan bermula menyembelih pada waktu pagi selepas solat Aidaladha dan bakal selesai sebelum waktu zuhur. Amanah yang kami pikul ini akan dilaksanakan dengan penuh keikhlasan, mengikut syariat dan tentunya menepati piawaian yang telah disediakan dan jangkaan penderma di Singapura,” kata Cik Siti Radhiyah.

Setiap kambing korban berharga $260 dan bagi akikah pula $280. Semua peserta akan diberikan sijil penyertaan dan pihak madrasah juga akan ke Indonesia demi memastikan segala urusan berjalan lancar dan selesai dengan sempurna.

TEMPAHAN DAN DERMA


WhatsApp atau hubungi talian 9182-4766.

Ke pejabat Madrasah Al-Ma’arif Al-Islamiah di No 3 Lorong 39 Geylang, Singapura 387865. Pembayaran secara tunai/Nets atau cek diterima. Waktu pejabat bagi cuti sekolah dari 9 pagi hingga 3 petang.

PayNow ke UEN : S36MM0001G (rujukan: korban).

Perbankan Internet: 507018232001 (rujukan: korban).

Pendaftaran dari rumah: Sila WhatsApp talian 9182-4766, sertakan nama, alamat dan jumlah korban yang diinginkan. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >