Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Legenda bola sepak Radhi Mat Din berterima kasih kepada sokongan pengundi muda

Aug 13, 2023 | 03:24 PM



ALOR SETAR: Legenda bola sepak Kedah, Encik Radhi Mat Din, menganggap sokongan pengundi muda sepanjang kempen membolehkannya menang dalam Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15) pada 12 Ogos.


Encik Radhi, calon Perikatan Nasional (PN) memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Mengkudu dengan membuat kejutan apabila menewaskan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar, dengan majoriti 10,104 undi.

Beliau memperoleh 18,936 undi, berbanding Datuk Mahfuz yang meraih 8,832 undi.

“Saya bersyukur kerana penduduk DUN Alor Mengkudu membuat suatu perubahan serta kesedaran yang tepat pada masanya dan dengan perubahan ini, kita akan berusaha melaksanakan apa yang yang dijanjikan.

“Tidak dinafikan bahawa gelombang ini adalah salah satu faktor yang penting, tetapi dalam politik semasa ini, anak muda juga sudah ‘mengetahui’ corak pemerintahan PH dan ini menyebabkan mengapa mereka menolak.

“Ini adalah cabaran baru yang ada di Kedah dan kita cuba perbaiki segala kelemahan, kita akan persembahkan yang terbaik untuk pentadbiran Kedah,” katanya kepada Berita Harian Malaysia (BHM) ketika ditemui di Dewan Sultan Abdul Halim, Maktab Mahmud, pada Sabtu malam.


Encik Radhi pernah tewas kepada bekas Ahli Parlimen Pokok Sena itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 pada 2022.

“Sebelum ini ketika PRU15 mungkin gelombang kita tak mampu nak hadapi, tetapi pada hari ini, gelombang itu berpatah balik bersama PN,” katanya.

PN, yang terdiri daripada Parti Islam SeMalaysia (PAS), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Gerakan, menikmati kemenangan besar 33-3 di Kedah dalam PRN15.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >