Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Penunggang motosikal maut dalam nahas dengan van mini di Jurong East

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penunggang motosikal maut dalam nahas dengan van mini di Jurong East

Apr 29, 2024 | 05:36 PM



Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah van mini di Jurong East pada 28 April.

Polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata mereka dimaklumkan kira-kira 4.50 pagi mengenai kemalangan di Jurong Town Hall Road menghala ke West Coast Road.

Menurut laporan The Straits Times, penunggang motosikal berusia 38 tahun itu dikejarkan dalam keadaan tidak sedarkan diri ke Hospital Besar Ng Teng Fong.


Beliau meninggal dunia kemudian di hospital tersebut.

Video yang dirakam selepas kemalangan itu dan disiarkan di Facebook Singapore roads accident.com menunjukkan sebuah motosikal remuk di hadapan sebuah mini van.

Topi keledar, beberapa serpihan dan bekas darah dilihat di permukaan jalan di tempat kejadian.

Seorang pemandu lelaki, 55 tahun, yang dibawa ke Hospital Besar Ng Teng Fong dalam keadaan sedar, sedang membantu siasatan.

Kemalangan itu berlaku kurang seminggu selepas seorang penunggang motosikal terkorban dalam kemalangan melibatkan kenderaannya dan sebuah lori di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) pada pagi 24 April.

Polis dan SCDF berkata mereka menerima panggilan sekitar 10.15 pagi mengenai kejadian itu di PIE menuju ke Ekspreswe Kranji (KJE) selepas laluan keluar ke Jalan Bahar.

Penunggang motosikal itu, 26 tahun, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik, kata SCDF.

Dalam satu lagi kejadian pada 5 April, seorang penunggang motosikal yang sedang dalam perjalanan ke Singapura rebah dan meninggal dunia di pusat pemeriksaan Johor.

Pada 2023, 68 penunggang motosikal dan pembonceng maut dalam kemalangan jalan raya, menurut perangkaan yang dikeluarkan Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Februari.

Meskipun motosikal membentuk kurang daripada 15 peratus daripada jumlah keseluruhan kenderaan di Singapura, penunggang motosikal dan pembonceng terlibat dalam lebih separuh daripada semua kemalangan jalan raya pada 2023.

Mereka juga menyumbang separuh daripada semua kematian dalam kemalangan jalan raya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >