Berita Utama
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Persatuan Muhammadiyah perlu dana bagi Projek Wahdah

Jan 28, 2024 | 5:30 AM
MOHON SOKONGAN RAMAI: Ibu pejabat Persatuan Muhammadiyah yang terletak di 14 Jalan Selamat, hampir berusia 40 tahun dan memerlukan pengubahsuaian.
MOHON SOKONGAN RAMAI: Ibu pejabat Persatuan Muhammadiyah yang terletak di 14 Jalan Selamat, hampir berusia 40 tahun dan memerlukan pengubahsuaian. - Foto PERSATUAN MUHAMMADIYAH

Mari berlumba-lumba dalam kebaikan – laungan itu adalah salah satu motivasi utama Persatuan Muhammadiyah sejak ditubuhkan, kepada anggota dan masyarakat setempat.

Ustaz Muhammad Azri Azman, Presiden Persatuan Muhammadiyah, menerangkan hal ini diinspirasikan daripada ayat Al-Quran, Fastabiqul Khairat daripada Surah Al-Baqarah ayat 148, yang membawa maksud ‘berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan’.

“Amalan berinfak atau sedekah adalah amal soleh yang mempunyai balasan pahala berlipat ganda. Dengan sumbangan infak dan sedekah daripada masyarakat, ia membolehkan Muhammadiyah menjalankan pelbagai program dan perkhidmatan dalam bidang dakwah, pendidikan dan kebajikan sepanjang tahun,” sambung Ustaz Muhammad Azri, yang mengharapkan sokongan orang ramai untuk projek naik taraf Pusat Muhammadiyah agar persatuan ini dapat terus berkhidmat kepada masyarakat Singapura.

Bangunan Pusat Persatuan Muhammadiyah, yang terletak di 14 Jalan Selamat, telah berusia hampir 40 tahun. Persatuan ini memerlukan banyak kerja pembaikan dan pengubahsuaian, antaranya meluaskan ruang di halaman, membaiki bumbung yang bocor dan pekarangan yang usang.

Ruang sedia ada tidak dapat menampung bilangan kakitangan yang semakin bertambah, berikutan lebih banyak program dan perkhidmatan ditawarkan bagi memenuhi keperluan masyarakat.

Walaupun kerja pembaikan tersebut boleh dilaksanakan dalam jangka pendek dan membolehkan persatuan ini meneruskan operasi harian, Projek Wahdah akan memastikan prasarana, teknologi dan ruang pusat ini akan memberi manfaat kepada masyarakat dalam jangka panjang, meningkatkan kapasiti dan keupayaan Persatuan Muhammadiyah.

“Sumbangan ikhlas anda akan memberi manfaat terbaik kepada masyarakat dan generasi akan datang. Semoga Allah merahmati anda semua atas sumbangan yang diberikan dan semoga kita sentiasa berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan – Fastabiqul Khairat,” doa Ustaz Muhammad Azri yang mengajak orang ramai menggalas usaha ini bersama dengan menyumbang kepada Projek Wahdah.

MAKLUMAT

* Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara anda boleh menyokong Projek Wahdah dan menyumbang kepada legasi berterusan Pusat Muhammadiyah, lungsuri muhammadiyah.org.sg/wahdah.

* Bermula 1 Feb 2024, ibu pejabat Persatuan Muhammadiyah akan beroperasi di pejabat sementara di Hexacube, 160 Changi Rd, #03-05, Singapura 419728.

* Kelas madrasah hujung minggu untuk Kelas Asas Bimbingan Agama (KABA) akan diadakan di Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah bermula Januari 2024.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg