Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

2 maut dalam insiden bom lempar meletup ketika latihan askar di M’sia

Jun 26, 2023 | 05:55 PM



KUALA LUMPUR: Seorang lagi mangsa insiden letupan bom lempar ketika sesi latihan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan, pada Ahad dilaporkan meninggal dunia.


Markas Tentera Udara dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan bahawa mangsa kedua yang meninggal dunia ialah salah seorang daripada dua jurulatih yang sebelum ini dilaporkan mengalami kecederaan parah.

Menurutnya, Koperal Udara Syuib Bidin, 33 tahun, disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan di Hospital Segamat, Johor, ketika diberi rawatan akibat kecederaan parah yang dialami pada 5.45 petang, pada hari kejadian.

“Anggota adalah jurulatih di Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR), Pangkalan Udara Sendayan.

“Seorang lagi jurulatih, Koperal Udara Khairuzaman Lokman, 35 tahun, dari Kluang, Johor, yang juga jurulatih di INSTAR, kini sedang dirawat di Hospital Segamat dan dalam pemantauan rapi dengan keadaannya dilaporkan stabil,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


Tambah kenyataan itu, penuntut yang meninggal dunia pada Ahad ialah Laskar Udara I Mohd Iqmal Masdi, 22 tahun, berasal dari Lenggeng, Negeri Sembilan.

Anggota adalah penuntut Kursus Pembantu Pertahanan (KPP) di INSTAR Pangkalan Udara Sendayan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kemalangan berlaku ketika mereka menjalani Latihan Menembak Senjata Bantuan dan Bom Lempar Penuntut KPP Kelas 1 yang berlaku di Tapak Latihan Grenad Asas, Lapang Sasar Kem Syed Sirajuddin, Gemas,” katanya.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira 12.10 tengah hari itu, Encik Mohd Iqmal meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan parah akibat letupan bom lempar semasa proses latihan sedang dilaksanakan.

Tambah kenyataan itu, waris kesemua mangsa sudah dimaklumkan dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan memastikan semua urusan kebajikan keluarga mangsa diutamakan serta urusan pengebumian disempurnakan dengan sebaik-baiknya.

Sementara itu, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan, serta pucuk pimpinan tertinggi TUDM, menzahirkan rasa dukacita atas kejadian yang berlaku dan merakamkan salam takziah kepada waris anggota yang meninggal dunia yang juga kehilangan besar kepada TUDM.

Dalam pada itu, katanya, pihak TUDM meminta semua pihak tidak menyebarkan sebarang spekulasi dan berita tidak sahih sehingga proses siasatan dijalankan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) selesai.

TUDM juga akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >