Topik diikuti
Pergi ke BHku220,000 dipindah dek kebakaran hutan terbesar di Perancis
220,000 dipindah dek kebakaran hutan terbesar di Perancis
220,000 dipindah dek kebakaran hutan terbesar di Perancis
BORDEAUX (Perancis): Pihak berkuasa Perancis menyatakan pada 26 Julai bahawa lebih 220,000 orang telah dipindahkan akibat kebakaran hutan yang marak di barat daya negara itu.
Kebakaran besar itu turut memaksa penutupan lebuh raya dan landasan kereta api.
Sebagai tambahan, lebih 50,000 orang juga telah diarah meninggalkan kampung di sekitar Bordeaux, yang kini berada di bawah ancaman kebakaran yang masih belum dapat dikawal.
Ini menjadikan jumlah mereka yang dipindahkan akibat kebakaran itu kepada lebih 220,000.
Puluhan ribu lagi telah dipindahkan daripada kebakaran hutan lain di Perancis dan Sepanyol tengah.
Menurut pihak berkuasa, disebabkan api marak akibat angin kencang, 60 kilomater dari lebuh raya utama A63 dari Bordeaux ke sempadan Sepanyol telah ditutup kepada lalu lintas.
Syarikat kereta api milik negara, SNCF, menyatakan ia telah menghentikan trafik pergerakan kereta api di selatan Bordeaux.
Kebakaran itu “akan mengambil masa yang lama untuk dikawal”, dan sehingga ia dapat dikawal “tiada jalan pulang” untuk penduduk dan pelancong yang dipindahkan, kata Menteri Dalam Negeri, Encik Laurent Nunez, dalam satu temu bual yang diterbitkan pada 26 Julai oleh La Tribune.
Pihak berkuasa wilayah itu berkata kebakaran itu kini telah meranapkan kira-kira 42,000 hektar tanah, menjadikannya salah satu yang terbesar di Perancis sejak Perang Dunia Kedua.
Kebakaran pada 1949 memusnahkan kira-kira 50,000 hektar tanah.
Tentera Perancis telah menghantar 1,500 askar untuk membantu ratusan anggota bomba yang keletihan akibat bertungkus lumus memadamkan kebakaran selama hampir seminggu.
Haba daripada api menyebabkan pusaran angin yang menjadikan kebakaran hutan “tidak menentu dan tidak terurus”, kata Encik Nicolas Braz, salah seorang ketua operasi memadamkan kebakaran.
Media sebelum ini melaporkan bahawa gelombang haba yang melanda sebahagian besar Eropah terus mencetuskan kebakaran hutan besar-besaran, dengan Perancis berdepan kebakaran luar biasa, manakala jumlah kematian akibat kebakaran di Sepanyol meningkat kepada 13 orang.
Keadaan cuaca panas melampau yang memasuki gelombang ketiga musim panas 2026, turut meningkatkan kebimbangan mengenai kesan terhadap perubahan iklim, suhu tinggi dan kematian berkaitan haba melampau.
Di Sepanyol, angka korban akibat kebakaran besar di wilayah Almeria meningkat kepada 13 orang – lima warga Britain, tiga warga Belgium, serta seorang warga Perancis dan seorang warga Sepanyol.
Pihak berkuasa turut memaklumkan 10 lagi mangsa masih hilang. – Agensi berita.