Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

5 perkara utama mengenai Pilihan Raya Negeri M’sia

Aug 06, 2023 | 05:30 AM



Pengundi di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan akan mengundi pada 12 Ogos semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Malaysia. Pengamat menyatakan keputusan pilihan raya itu akan dilihat dengan teliti sebagai ukuran sokongan kepada Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum (PRU) pada November 2022.

Seramai 570 calon daripada sembilan parti akan bersaing untuk merebut 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), dengan lebih 9.7 juta rakyat Malaysia layak mengundi. Berikut adalah perkara utama yang perlu diketahui:

1. Apakah perbezaan antara PRN dengan PRU?


PRN diadakan untuk memilih ahli Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dan kerajaan negeri, yang diketuai menteri besar/ketua menteri. PRU pula menentukan siapa yang menjadi Anggota Parlimen (AP) dan parti mana yang menerajui kerajaan persekutuan yang dipimpin perdana menteri.

Secara umum, bilangan kawasan DUN adalah lebih tinggi daripada kawasan undi Parlimen. Kawasan undi Parlimen di luar wilayah persekutuan dibahagikan kepada beberapa kawasan DUN, biasanya dua atau tiga, namun boleh sehingga enam.

Walaupun parti sama bertanding dalam PRN dan PRU, tidak ramai calon yang menjadi kedua-dua Adun dan AP.

Parti yang menang dalam PRN masing-masing akan mencalonkan seorang menteri besar/ketua menteri yang dilantik oleh Sultan. Sebaliknya, perdana menteri negara dilantik Yang di-Pertuan Agong.

2. Malaysia terdiri daripada 13 negeri; kenapa hanya enam yang mengadakan pilihan raya?


Secara tradisi, PRN diadakan bersama/serentak dengan PRU, dengan Adun dan AP berkhidmat buat penggal lima tahun yang sama. Namun, setiap negeri boleh memutuskan bila untuk mengadakan pilihan rayanya.

Enam negeri yang dikuasai Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) memutuskan untuk tidak mengadakan PRN bersama/serentak PRU November 2022, antara lain, atas sebab perlu bersiap sedia untuk menghadapi banjir semasa musim tengkujuh tahunan dari November hingga Mac.

Tujuh negeri lain telah mengadakan PRN mereka dalam tempoh dua tahun lalu dan tidak akan mengadakan pilihan raya seterusnya, paling awal, pada Disember 2025.

Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor mengadakan pilihan raya awal antara 2020 dengan 2022.

Hanya tiga negeri yang mengadakan PRN serentak dengan PRU November 2022 – Pahang, Perlis dan Perak.

3. Siapakah pesaing utama dalam pilihan raya?


PRN kali ini akan mempertemukan PH dan sekutu Kerajaan Perpaduannya – Barisan Nasional (BN) – menentang pakatan pembangkang persekutuan PN.

Tiga negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang ditadbir oleh PH; sementara Kedah, Kelantan dan Terengganu diperintah oleh PN. Dua pihak itu akan berusaha untuk mengekalkan penguasaan negeri masing-masing selain cuba memenangi sebanyak mungkin kerusi DUN di negeri pesaing.

4. Apakah perbezaan antara kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan?


Perlembagaan Persekutuan menetapkan pembahagian kuasa.

AP Persekutuan menggubal dasar negara dalam bidang seperti hal ehwal luar negara, pertahanan, pendidikan dan perdagangan. Badan perundangan negeri pula membentuk dasar bagi negeri masing-masing berhubung isu seperti hal tanah, undang-undang Islam dan penguasa tempatan.

Kerajaan negeri kebanyakannya dibiayai oleh hasil atau pendapatan daripada tanah, hutan dan lombong. Kerajaan persekutuan ada menyediakan geran dan sokongan kewangan.

Bidang di mana kedua-dua badan perundangan negeri dan kerajaan persekutuan berkongsi tanggungjawab termasuk kebajikan sosial, kesihatan awam dan sanitasi.

5. Bagaimanakah keputusan PRN akan mempengaruhi kerajaan persekutuan?


PRN tidak akan memberi kesan langsung kepada status perdana menteri dan parti pemerintahan, dengan Kerajaan Perpaduan Datuk Anwar dikatakan mempunyai majoriti dua pertiga kerusi di Parlimen yang mempunyai sejumlah 222 kerusi.

Namun keputusan PRN itu boleh menjadi pengukur sentimen pengundi terhadap parti kerajaan, dan secara tidak langsung mempengaruhi sejauh mana parti dalam gabungan kerajaan bekerjasama dalam kerajaan persekutuan.

Cabaran kadangkala timbul bagi kerajaan negeri yang ditadbir oleh pembangkang persekutuan. Kelantan, misalnya, yang mengalami pembangunan prasarana yang lemah, sering mendakwa kerajaan pusat tidak memberi sokongan kewangan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >