Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Canang dipukul, mulanya saingan sengit PH-BN, PN tambat hati pengundi

Jul 29, 2023 | 06:37 PM



Sebaik selesai proses penamaan calon pada Sabtu di enam negeri yang menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-15 pada 12 Ogos ini, bermulalah gelombang pertembungan sengit untuk rakyat memilih antara gabungan politik Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) dengan Perikatan Nasional (PN).

Bahang semakin dirasakan seiring dengan debaran untuk menantikan gabungan manakah yang berjaya membentuk kerajaan baru di Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pulau Pinang kira-kira dua minggu lagi.

Tidak keterlaluan dikatakan, pertempuran dalam PRN kali ini bakal menjadi manifestasi sama ada gabungan PH-BN yang membentuk kerajaan perpaduan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 lalu ‘direstui’ rakyat atau sebaliknya.

Pagi Sabtu, tumpuan terarah kepada 176 pusat penamaan calon di enam negeri berkenaan untuk menamakan calon yang akan bertanding merebut keseluruhan 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu kerusi Parlimen yang dipertandingkan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan seramai 572 calon akan bertanding pada PRN kali ini, dengan calon PN (Bersatu-Gerakan) adalah paling ramai bertanding iaitu 168 orang, diikuti PH seramai 138 orang, BN 108 orang dan Parti Islam SeMalaysia (PAS) 78 orang.

Kerusi DUN Lunas, Kedah, menyaksikan pertandingan tertinggi lima penjuru, 51 kerusi berdepan saingan tiga penjuru, 13 kerusi dengan saingan empat penjuru dan 181 kerusi satu lawan satu.

Turut mencuba nasib adalah 19 calon daripada beberapa parti lain dan calon Bebas.

Pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu, Gombak, paling mendapat tumpuan apabila pimpinan utama dua gabungan politik gergasi iaitu PH-BN dan PN hadir bagi memberi sokongan kepada panglima perang mereka di tiga kerusi DUN yang ditandingi iaitu Sungai Tua, Hulu Kelang dan Gombak Setia.

Turut hadir termasuk Perdana Menteri merangkap Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Semua enam Menteri Besar dan Ketua Menteri pada penggal lalu kekal bertanding mempertahankan kerusi DUN masing-masing.

Kawasan DUN Sungai Tua dianggap antara ‘kerusi panas’ di Selangor yang menyaksikan penyandangnya yang juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, berdepan saingan tiga penjuru menentang calon PN, Encik Muhammad Hanif Jamaluddin, dan calon Bebas, Encik G Suman.

Datuk Amiruddin turut dinamakan sebagai calon Menteri Besar Selangor di bawah kerajaan perpaduan gabungan PH-BN, justeru kemenangan beliau yang menunjukkan prestasi cemerlang selama lima tahun dilihat penting sebagai petanda penguasaan PH-BN di Selangor.

Kelantan dan Pulau Pinang masing-masing diramalkan kekal menjadi milik PN dan PH-BN, berdasarkan sokongan teguh pengundi terhadap pentadbiran sedia ada sejak beberapa penggal lalu.

Menariknya kali ini, Pilihan Raya Kecil bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu, Terengganu, turut menumpang bahang PRN selepas keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 27 Jun lalu membatalkan kemenangan mantan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad dari PN, setelah mendapati wujud unsur rasuah ketika tempoh kempen PRU-15.

Berdasarkan statistik SPR, seramai 9,773,571 pemilih berdaftar layak mengundi pada PRN enam negeri itu dengan Selangor seramai 3,747,057 pengundi, Kedah (1,585,085), Kelantan (1,411,912), Pulau Pinang (1,234,198), Terengganu (930,894) dan Negeri Sembilan (864,425).

Pilihan Raya Negeri kali ini dianggap paling getir dan menarik dengan persaingan sengit satu lawan satu membabitkan dua gabungan gergasi politik iaitu PH-BN dan PN, lalu rakyat menjadi penentu gabungan mana yang akan diberi kepercayaan menubuhkan kerajaan baru pada 12 Ogos nanti.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >