Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Adakah kami alami Perang Dingin baru?

Aug 10, 2023 | 05:30 AM



Kebelakangan ini, beberapa penganalisis merujuk kepada persaingan antara China dan Russia serta China dan Amerika Syarikat sebagai Perang Dingin baru atau Perang Dingin kedua. Memaparkan persaingan kuasa besar ini sebagai Perang Dingin akan mengurangkan kerumitan dan implikasi strategik persaingan itu. Ini boleh membawa akibat memudaratkan kerana analogi yang salah boleh menimbulkan dasar yang salah.

Ada pelbagai faktor yang menjadikan persaingan kuasa besar tersebut agak berbeza daripada Perang Dingin yang berlaku dari 1947 hingga 1991 antara Amerika dan Soviet Union dan sekutu masing-masing.

China lebih kaya dari Soviet Union

China merupakan negara yang lebih berkuasa dan kaya dari Soviet Union. Ekonomi Soviet dirancang oleh pemerintah, tidak tersusun dan berdagang dengan ekonomi hampir serupa di Eropah Timur dan negara membangun seperti Cuba dan Angola. Soviet tidak banyak berdagang dengan negara bukan komunis.

Ekonomi China sebaliknya boleh digambarkan sebagai kapitalisme negara dengan kawalan kuat bagi sektor strategik seperti tenaga, komunikasi dan industri berkenaan keselamatan.

Walaupun China memainkan peranan utama dalam mengawal selia ekonomi, sektor swastanya juga penting. China mempunyai bilangan jutawan yang paling tinggi, manakala ratusan syarikat swasta China beroperasi pada skala global. Namun, sebelum ini, Soviet tidak mempunyai sembarang jutawan seperti Encik Jack Ma atau wanita paling kaya di Asia pada 2021, Cik Yang Huiyan.

Kepentingan China melampaui ideologi

Walaupun persaingan antara Amerika dan China/Russia kini terdapat unsur ideologi, ia tidak begitu relevan atau kritikal berbanding Perang Dingin apabila seluruh dunia menyebelahi negara Barat atau Soviet.

Tidak seperti Soviet Union, China hari ini tidak ingin mengembang dan menyebarkan komunisme. China juga tidak memberi tumpuan untuk menyokong rejim kiri atau komunis di dunia.

Hari ini, China merupakan rakan kongsi perdagangan terbesar di melebihi 120 negara. Rakan kongsi perdagangan paling besarnya adalah pesaing utamanya, Amerika, dan walaupun mengalami ketegangan politik dan bayaran tarif antara mereka, perdagangan dua hala pada 2022 mencapai AS$538.8 bilion ($721.6 bilion), jumlah tertinggi sejak 2018.

Semua sekutu Amerika, seperti Kesatuan Eropah, Jepun, Korea Selatan dan Australia, mempunyai China sebagai rakan kongsi perdagangan utama mereka.

Sebelum pandemik Covid-19, China merupakan peminjam wang terbesar kepada negera-negara di Afrika dan Latin Amerika, wilayah yang pernah didominasi negara Barat.

Dasar luar dan ekonomi China luas dan didorong oleh pragmatisme dan keuntungan, bukan ideologi. Ini menjelaskan mengapa China tidak banyak membantu rejim Amerika di Latin Amerika seperti Cuba dan Nicaragua.

Pencerobohan Soviet di Eropah semasa Perang Dingin dan rekaan rejim seperti Soviet di kawasan timur dan tengah Eropah membuka peluang untuk kewujudan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Hari ini, Kesatuan Eropah enggan ikut Amerika mempunyai dasar konfrontasi terhadap China dan pilih dasar jalan tengah untuk melibatkan China dalam beberapa isu sambil berdepan dengan isu lain seperti hak asasi.

Walaupun ketegasan China di Laut China Selatan dan Taiwan telah mengakibatkan pengukuhan semula pakatan Amerika, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) Asia tidak mungkin akan ditubuhkan.

Kententeraan China lebih berkuasa daripada Soviet Union

Dari segi ketenteraan, China muncul sebagai kuasa yang jauh lebih hebat daripada Soviet Union. China kini memiliki tentera laut terbesar di dunia, yang masih berkembang pesat.

China juga memiliki pengawal pantai, kapal nelayan, kapal dagang dan merupakan pembuat kapal terbesar di dunia. Soviet Union, dahulu, merupakan kuasa darat yang terpencil dan mengenakan sekatan buat pelabur asing dan pengembara Amerika.

Dasar pembendungan Amerika sahaja tidak berkesan buat pelbagai negara dan sekutu mereka tidak akan menyokongnya. Malah, negara seperti Indonesia yang curiga dan mempunyai ketegangan terhadap China juga enggan menjejas hubungan mereka bersama Beijing.

Walaupun ada peningkatan dalam kawalan domestik dan sekatan pada pelaburan asing, China tidak mungkin mengikut jejak Soviet. Berdasarkan ‘Inisiatif Belt and Road’ (BRI), China tidak mempunyai rancangan untuk memencilkan negaranya daripada dunia.

Malah, ia mempunyai rancangan untuk berkuasa di dunia. Namun, seandainya China pilih untuk menyendiri dan mengikut jejak Soviet, lawannya akan gembira.

Nota Penulis: Loro Horta adalah seorang akademik dan diplomat dari Timor Leste. Beliau merupakan mantan Duta Timor Leste ke Cuba dan Kaunselor di kedutaan Timor Leste di Beijing. Beliau kini Pengarah Pusat Hak Asasi di Universiti Nasional Timor Leste (UNTL).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >