Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Agong: Jauhi perasaan hasad dengki, fitnah sebaliknya bersatu cipta kejayaan

Jul 19, 2023 | 04:30 PM



Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Abdullah Ahmad Shah, menggesa rakyat Malaysia supaya menjauhi perasaan hasad dengki dan amalan fitnah-memfitnah.

Beliau berkata rakyat tidak harus berfikiran sempit dan negatif kerana sifat dan amalan itu tidak akan mendatangkan faedah kepada bangsa dan negara.

Beliau berkata demikian semasa sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan 2023 yang bertema ‘Perpaduan Teras Malaysia Madani’ dan berlangsung meriah di Pusat Dagangan Dunia Putra (WTC), Kuala Lumpur.

“Saya ingin mengajak seluruh rakyat bersatu hati dalam membentuk sebuah masyarakat yang lembut dalam berbicara, halus dalam berpesan, harmoni dalam ikatan persaudaraan, jujur dalam pekerjaan, amanah dalam menggalas tugas dan gagah perkasa dalam mencipta kejayaan,” kata beliau.

Turut hadir dalam majlis itu adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Perdana Menteri I, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof; dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Sultan Abdullah berkata semangat dan roh peristiwa Hijrah perlu dijelmakan dalam bentuk kesatuan dan perpaduan tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan adat resam demi untuk membangunkan sebuah negara pertiwi.

Semaasa berucap, beliau turut menghargai usaha kerajaan dalam menggerakkan agenda Malaysia Madani bagi membentuk masyarakat yang menghayati nilai-nilai ihsan mendukung prinsip keadilan dan mengamalkan semangat toleransi.

Katanya, semangat dan roh hijrah dalam memupuk sifat amanah dan berintegriti hendaklah sentiasa tumbuh segar di dalam jiwa setiap rakyat Malaysia.

Beliau turut mengajak rakyat untuk bersama mensyukuri nikmat keamanan dan kemakmuran negara yang telah dikecapi.

Pada majlis yang dihadiri lebih 6,000 jemputan itu, bekas Ketua Pengarah Institut Kemajian Islam Malaysia (IKIM), Datuk Dr Abdul Monir Yaacob, diumum Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1445H/ 2023M, manakala Mufti Besar India,Sheikh Abu Bakar Ahmad Al-Malibari, dinobatkan Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa 1445H/2023M. – HANNEEYZAH BAHARIN.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >