Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Amirudin dapat sokongan Anwar jadi Menteri Besar Selangor

Jul 19, 2023 | 04:24 PM



SEKINCHAN: Menteri Besar Selangor sementara, Datuk Seri Amirudin Shari, menerima kejutan istimewa apabila beliau diberi sokongan secara terbuka oleh ketua Parti Keadilan Rakyatnya (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Perdana Menteri Malaysia itu membuat pengumuman secara tiba-tiba bahawa Datuk Amirudin akan dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor jika kerajaan yang dianggotai Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berjaya menguasai Selangor dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Datuk Anwar, yang juga pengerusi PH, mengumumkan demikian dalam ucapannya pada pelancaran program Sentuhan Agro Madani pada Selasa, sambil menambah bahawa Datuk Amirudin telah mentadbir negeri Selangor dengan baik.

“Ini adalah kali pertama saya mengumumkan perkara ini,” kata Datuk Anwar, sambil menambah bahawa Datuk Amirudin telah berjaya menarik banyak pelaburan melalui pengurusan negerinya.

Beliau berkata Selangor telah mencatat pertumbuhan ekonomi yang agak tinggi pada suku pertama 2023.

“Selangor menunjukkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.6 peratus pada suku pertama tahun ini, lebih tinggi daripada China dan Singapura,” katanya, lapor The Star.


Datuk Anwar berkata pertumbuhan ekonomi tinggi yang dicatatkan di Selangor itu belum termasuk pelaburan besar yang akan datang oleh syarikat Tesla Inc dan SpaceX, yang diumumkan oleh ketua pegawai eksekutif syarikat itu, Encik Elon Musk, semasa pertemuan maya dengan beliau baru-baru ini.

Dalam respons segera, Datuk Amirudin, yang turut hadir pada majlis itu, memberitahu wartawan bahawa ini adalah kali pertama beliau mendengar beliau akan dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor jika pilihan raya berjalan lancar bagi pakatan itu.

Datuk Amirudin, yang juga merupakan Ahli Parlimen (AP) Gombak dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Tua, berkata beliau berterima kasih atas sokongan Datuk Anwar.

“Saya berterima kasih kepada Perdana Menteri atas penghargaan dan pengiktirafan, dan ia mesti dibuktikan dengan kemenangan ketara dalam pilihan raya akan datang,” tambahnya.

Beliau juga melahirkan keyakinan bahawa cadangan Datuk Anwar akan disokong oleh pemimpin lain dalam Kerajaan Perpaduan.

Datuk Amirudin dilantik sebagai Menteri Besar Selangor pada 2018, dan ini merupakan penggal kedua beliau sekiranya beliau dilantik semula.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >