Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

PH yakin boleh kuasai semula Selangor dalam PRN akan datang

Jul 13, 2023 | 11:44 AM



KUALA SELANGOR: Pakatan Harapan (PH) Selangor yakin gabungan politik itu kekal membentuk kerajaan dengan memenangi sekurang-kurangnya 33 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos depan.


Pengerusi PH Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, mengakui 33 kawasan terbabit adalah kerusi selamat buat PH dan rakan kerjasamanya, Barisan Nasional (BN) daripada keseluruhan 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu.

“Saya tengok data dan ada juga membuat kajian... insya-Allah, setakat ini kita sebenarnya telah mempunyai 33 kerusi selamat dan boleh membina kerajaan negeri dengan majoriti mudah.

“Itu saya tak masukkan lagi tujuh kerusi yang sebenarnya kita menang yang dianggap marginal kerana menang di bawah 2,000 undi.

“Jadi kalau campur tujuh kerusi lagi, maka PH dan BN boleh membentuk kerajaan dengan 40 kerusi serta beroleh kemenangan dua pertiga,” katanya ketika berucap pada Jelajah Madani DUN di Bukit Melawati pada Rabu malam.

Datuk Amirudin berkata bagi memastikan kemenangan gabungan PH-BN untuk membina Kerajaan Perpaduan pada PRN nanti, seluruh jentera diseru untuk bekerja lebih keras sehingga hari pengundian.

Kedudukan kerusi sebelum DUN dibubarkan ialah PH memiliki 40 kerusi dan BN pula lima kerusi dengan baki kerusi dimiliki parti lain.

Kerusi Batang Kali pula diisytiharkan kosong pada Februari selepas wakil rakyatnya tidak hadir ke persidangan DUN melebihi enam bulan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >