Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Anggota polis Selangor pukul suspek akan disiasat, dikenakan tindakan

Oct 12, 2023 | 01:39 PM



KLANG: Salah laku dan isu disiplin tidak akan diterima dalam pasukan polis Selangor, kata ketua polis negeri itu, menyusuli tular video yang menunjukkan seorang suspek pengedar dadah dipukul semasa dalam tahanan polis di Klang.


Datuk Hussein Omar Khan berkata tidak akan ada kompromi terhadap kakitangan sebegitu jika mereka didapati bersalah atas salah laku atau kesalahan jenayah.

“Kami tidak akan duduk diam dan tidak berbuat apa-apa atau menutup mata terhadap masalah ini dan kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka,” katanya.

Datuk Hussein berkata antara Januari dengan September 2023, polis Selangor mengambil tindakan tatatertib terhadap 319 anggotanya – 19 pegawai dan 300 anggota berpangkat biasa.

“Kami juga telah bertindak terhadap 47 anggota, termasuk dua pegawai, di atas pelbagai kesalahan jenayah,” katanya kepada wartawan selepas menghadiri sebuah latihan bersama pada Rabu, lapor The Star.


Datuk Hussein berkata kesalahan berkaitan integriti mendahului kes pada 2023, dengan 14 pegawai dan 203 anggota berpangkat biasa terlibat dalam isu tatatertib.

Beliau menambah bahawa walaupun bilangan mereka yang didapati bersalah melakukan salah laku dalam kalangan 15,000 anggota polis di Selangor adalah rendah, pihaknya tidak akan mengabaikan isu itu.

“Kami juga tidak akan melindungi mana-mana kakitangan kami yang melakukan kesalahan,” katanya.

Selepas itu, polis Klang Selatan mengeluarkan satu kenyataan mengatakan ia telah dimaklumkan mengenai video itu, yang disebar oleh akaun dalam talian ‘Edisi Siasat’ menerusi aplikasi Telegram.

“Berdasarkan pemeriksaan kami, kejadian berlaku di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik ibu pejabat polis Klang Selatan kira-kira 10.30 pagi pada 2 Ogos.

“Satu laporan tangkapan dibuat oleh Inspesktor Azrin Yazid dan satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya kerana mengedar dadah,” kata Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner (ACP) Cha Hoong Fong dalam satu kenyataan.

Beliau berkata suspek didakwa di mahkamah Klang pada 8 Ogos.

“Siasatan lanjut juga akan dijalankan oleh pihak Klang Selatan terhadap video tular itu.

“Kami memandang serius perkara ini dan siasatan terhadap salah laku yang dipaparkan dalam video tular itu akan disiasat,” katanya, sambil menambah bahawa polis tidak akan berkompromi terhadap sembarang kakitangan yang didapati melanggar undang-undang.

ACP Cha berkata siasatan yang telus dan adil terhadap insiden itu akan dijalankan dan menggesa semua pihak tidak membuat spekulasi mengenai perkara itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >