Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anugerah jeneral 4 bintang: Jokowi nafi berlaku transaksi politik

Feb 29, 2024 | 11:01 AM



JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko ‘Jokowi’ Widodo menafikan dakwaan bahawa pangkat kehormatan yang diberikan kepada Menteri Pertahanan Encik Prabowo Subianto adalah sebahagian daripada transaksi politik semasa pilihan raya 2024.


“Jika ia adalah transaksi politik, ia akan diberikan sebelum pilihan raya. Bagaimanapun, ini diberikan selepas pilihan raya (14 Februari). Anggapan-anggapan tersebut salah,” katanya selepas menghadiri Mesyuarat Pemimpin  Angkatan Tentera Nasional Indonesia (TNI)-Polis Republik Indonesia (Polri) di Markas Besar TNI di Jakarta pada 28 Februari.

Encik Jokowi menganugerahkan Encik Prabowo bakal penggantinya dan bekas komander pasukan khas tentera, dengan pangkat jeneral kehormat empat bintang.

Encik Prabowo, yang juga Menteri Pertahanan, kini mendahului kiraan bagi saingan Pilihan Raya Presiden yang berakhir pada 14 Februari lalu, dianugerahkan pangkat itu oleh Encik Jokowi dalam satu majlis di ibu pejabat tentera di Jakarta pada 28 Februari

Encik Jokowi menjelaskan bahawa beberapa tokoh sebelum ini telah menerima anugerah kenaikan pangkat khas, termasuk Presiden ke-6 Republik Indonesia, Encik Susilo Bambang Yudhoyono (SBY), dan Encik Luhut Binsar Pandjaitan, yang kini bertugas sebagai Menteri Koordinator Bidang Kemaritiman dan Investasi.

Menurut Encik Jokowi, jenis kenaikan pangkat ini adalah biasa dalam lingkungan TNI dan Polri.

“Penghormatan ini adalah satu bentuk penghargaan atas baktinya kepada rakyat dan negara. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Jeneral Prabowo Subianto,” katanya, sebelum memakaikan pingat emas empat bintang itu kepada Encik Prabowo.

Anugerah itu menandakan kemuncak pencapaian dalam tentera bagi Encik Prabowo, 72 tahun, yang pernah dipecat daripada pasukan keselamatan negara itu pada 1998.

Ketika itu, Jeneral Prabowo menghadapi tuduhan terbabit dalam pencabulan hak asasi manusia di Timor Leste dan dikaitkan dengan kes kehilangan 13 aktivis pro-demokrasi ketika zaman pentadbiran bekas Presiden, Suharto.

Bagaimanapun, Encik Prabowo tidak pernah berdepan sebarang pendakwaan atas tuduhan terbabit. Pada masa itu, beliau adalah seorang Leftenan Jeneral tiga bintang.

Encik Prabowo sentiasa menafikan salah laku itu dan pernah dilarang memasuki Amerika Syarikat (AS) ekoran dari dakwaan itu.

Encik Prabowo memohon tinggal di Jordan selepas diberhentikan daripada tentera, namun dalam beberapa dekad sejak dia kembali ke Indonesia, beliau mula membina parti politik yang berpengaruh dan kembali dalam perkhidmatan awam.

Beliau kalah secara berturut-turut dalam saingan pemilihan presiden pada 2014 dan 2019 kepada Presiden Jokowi, sebelum dibawa masuk ke dalam pemerintah sebagai Menteri Pertahanan pada 2019.

Keputusan awal tidak rasmi menunjukkan Encik Prabowo mempunyai petunjuk semakin jelas untuk memenangi pilihan raya itu, dengan jangkaan beliau akan dilantik sebagai Presiden Indonesia pada Oktober depan. – Agensi berita.

Penganalisis memberi amaran bahawa kemenangan Encik Prabowo berlaku ketika Indonesia sedang mengalami kemunduran demokrasi.


Amnesty International Indonesia pula mendakwa kemenangan Encik Prabowo kelak akan digunakan untuk ‘membersihkan’ dakwaan terhadapnya pada masa lalu.


Ikatan kerjasama antara Encik Prabowo dan Presiden Jokowi semakin kukuh sejak beberapa bulan kebelakangan ini, terutama selepas anak lelaki Presiden Jokowi secara kontroversi dinamakan untuk bergandingan dengan Encik Prabowo. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >