Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

MALAYSIA

Anwar luah sokongan bersemangat pada warga Palestin dalam himpunan KL

Oct 25, 2023 | 02:03 PM



KUALA LUMPUR: Ribuan rakyat Malaysia memenuhi Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pada Selasa malam, bagi menyatakan dan menunjukkan sokongan terhadap rakyat Palestin yang menjadi mangsa tindakan Israel.


Dianggarkan hampir 20,000 rakyat pelbagai kaum dan agama membanjiri himpunan diberi nama ‘Malaysia Bersama Palestin’ itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika berucap di hadapan hadirin yang penuh semangat turut menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan Palestin dan mengecam layanan Israel terhadap rakyat Palestin.

Dalam himpunan pro-Palestin yang terbesar setakat ini, Datuk Anwar menegaskan akan terus konsisten memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang dianiaya Israel dan tidak akan tunduk atau gentar dengan sebarang ugutan kerana kelantangan bersuara membela nasib rakyat Palestin yang ditindas.

Beliau turut memberi kata dua kepada negara yang cuba ‘mengajar’ Malaysia mengenai erti sebenar hak asasi, kebebasan dan demokrasi.

Dengan sikap yang dipamerkan negara Barat, Datuk Anwar berkata mempersoalkan pendirian dan ‘perjuangan’ berkait soal hak asasi, kebebasan dan demokrasi yang sering kali dimainkan negara rantau berkenaan, namun dalam isu tertumpu Palestin mereka bagai membutakan mata, membisukan mulut dan memekakkan telinga.

Justeru, Datuk Anwar tidak menolak keadaan Gaza akan bertukar lebih buruk apabila tentera Israel akan terus ‘menggila’ dengan melakukan pencerobohan secara semberono terhadap tanah milik Palestin itu dengan sokongan negara blok terbabit.

“Kemungkinan Israel memasuki Gaza adalah kuat dan sudah pasti. Masa depan bagi mereka sangat malap. Kemungkinan tentera Israel akan tetap menceroboh ke Gaza. Apa pun, kita sebagai orang Islam yakin dengan pertolongan Allah.

“Kita juga harus terima kenyataan keadaan sekarang akan lebih parah bagi rakyat Gaza kerana keangkuhan dan kezaliman Israel yang disokong negara Barat.

“Di Gaza ada juga agama lain seperti Kristian. Tetapi sebab kita bukan orang kulit putih sehingga tidak ada sebab munasabah untuk mereka (perjuangkan isu Palestin).

“Dalam beberapa minggu (lagi) akan berduka, parah dengan kematian ramai (orang Palestin) dan bayi akan habis di bawah tangan ganas Israel. Tentera Amerika Syarikat penuh di Timur Tengah, tentera Inggeris, Perancis pula sedia memberi laluan mudah kepada Israel.

“Ini saya katakan sudah sampai ke tahap kegilaan untuk membenarkan orang disembelih, dibunuh, hospital dibom dan sekolah dimusnahkan. Ia adalah tindakan barbaric (ganas). Jadi kita hanya mampu beri semangat dan kekuatan kepada (negara) jiran-jiran kita. Apa keputusan, kita runding bersama.


“Saya dikritik sekarang dan mula diserang dalam kalangan Eropah, Amerika dan tentunya Israel. Kita harus waspada. Saya beritahu selagi saya diberi mandat oleh rakyat, saya tidak terima ugutan itu,” katanya lapor Berita Harian Malaysia.


Di pentas sama, Datuk Anwar turut berkongsi hasil kunjungan ke beberapa negara Arab baru-baru ini iaitu Arab Saudi, Amiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar, Mesir dan Turkey.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >