Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Apungan harga telur, ayam perlu bawa kemenangan buat semua

Oct 19, 2023 | 11:41 AM



KUALA LUMPUR: Pengapungan harga telur dan ayam perlu dibuat secara munasabah demi mewujudkan situasi sama menang bagi pengguna, penternak dan pembekal.


Presiden Gabungan Persatuan Peniaga dan Penjaja Malaysia, Datuk Seri Rosli Sulaiman, berkata ia harus dibuat secara teliti dan perlu dipantau agar tiada pihak cuba mengambil kesempatan, selain bagi memastikan bekalan domestik barang keperluan itu mencukupi.

“Nak apungkan harga boleh, tetapi harga siling janganlah terlalu tinggi... seperti satu ketika, harga ayam pernah diapungkan sampai RM6 ($1.72) sekilogram, tetapi selepas itu, kita turunkan harga sebab kekurangan bekalan ayam.

“Jadi kalau nak diapungkan lagi kali ini, kita kena lihat semua sudut sama ada ia menguntungkan semua atau satu pihak sahaja,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia.


Datuk Rosli menambah bahawa langkah itu juga harus konsisten bagi membantu peniaga mengawal harga produk mereka yang dijual kepada masyarakat.

“Jangan sekejap apung, selepas itu tarik balik kerana masyarakat akan berasa tidak selesa dengan situasi harga barangan yang naik turun akibat pengapungan,” ujarnya.

Beliau juga mengesyorkan agar sebelum meneruskan langkah itu, kerajaan mengadakan dialog dengan persatuan penternak tempatan terlebih dahulu bagi mendapatkan persetujuan harga apungan munasabah dan adil kepada semua.

Datuk Rosli berkata pandangan penternak harus diambil kira kerana mereka juga terbeban oleh kos ternakan tinggi akibat kenaikan harga makanan ayam.

“Kita tidak mahu kerajaan membuat keputusan (harga apungan) tanpa merujuk kepada penternak sebab ayam ini memerlukan makanan dan semua makanan ayam ini pula mahal kerana diimport, jadi kita harus bersikap adil kepada mereka,” katanya.

Sementara itu, pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Malam Bumiputera Shah Alam-Klang, Selangor, Encik Kamarulnizam Razak, berkata langkah mengapungkan sumber protein itu lebih baik kerana sekurang-kurangnya ia menjamin bekalan berterusan daripada pihak pengeluar.

“Kalau tak diapungkan, barang sentiasa tiada stok dan susah berniaga. Jadi walaupun mungkin ada sedikit kenaikan harga bekalan selepas diapungkan, saya rasa ia masih boleh diterima ramai asalkan bekalannya tidak terjejas secara keseluruhan di pasaran,” katanya, yang sudah berniaga lebih 20 tahun di pasar malam sekitar Klang dan Shah Alam.

Pada pembentangan Belanjawan 2024 Malaysia pada 13 Oktober, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan kerajaan sedang menimbang untuk mengapungkan harga telur dan ayam tidak lama lagi selepas mendapati trend semasa menunjukkan bekalan dua sumber makanan itu kini stabil.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >