Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Harga telur, ayam di M’sia dijangka naik susulan kawalan harga ditamatkan

Oct 16, 2023 | 12:56 PM



PETALING JAYA: Telur biasa bagi gred A, B dan C mungkin mengalami kenaikan harga 10 sen sebiji berbanding harga sekarang, manakala harga ayam dijangka berlegar sekitar RM9 ($2.60) sekilogram (kg) apabila harga siling bagi barangan itu ditamatkan.


Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera, Datuk Ameer Ali Mydin, berkata harga kedua-dua barangan itu dijangka turun naik dalam beberapa bulan akan datang, bergantung kepada bekalan, dengan pengguna mungkin perlu membayar lebih sebelum harganya stabil.

Beliau, yang juga pemilik rangkaian pasar raya besar Mydin, berkata walaupun langkah itu akan membantu menstabilkan bekalan ayam dan telur biasa di pasaran, namun harganya akan turun naik.

“Saya menjangkakan harga telur biasa Gred A, B dan C akan naik kira-kira 10 sen sebiji contohnya daripada 45 sen sekarang bagi telur gred B kepada kira-kira 55 sen sebiji.

“Ia tidak boleh naik lebih tinggi daripada kos telur Omega yang kini dijual antara 60 sen dan 65 sen sebiji,” katanya seperti dilapor The Star pada Isnin.


Beliau menambah kesan terhadap ketersediaan bekalan telur biasa di pasaran tidak akan dirasai serta-merta berikutan penamatan harga siling.

“Ia kerana ketersediaannya juga bergantung kepada kitaran ayam bertelur antara 40 hingga 42 hari. Ia akan mengambil masa satu atau dua bulan untuk bekalan telur ayam lebih mudah didapati,” katanya.

Bagi harga ayam, Datuk Ameer berkata pengeluar akan mengekalkan harga semasa walaupun selepas harga siling ditamatkan.

“Pada masa ini harga siling ayam ialah RM9.40 setiap kg, tetapi dijual kira-kira RM8.40 setiap kg. Saya tidak jangka harga ayam akan naik terlalu tinggi walaupun tanpa kawalan harga kerana harga ayam di peringkat antarabangsa telah turun.

“Walaupun sekiranya harga ayam naik, ia sepatutnya hanya sekitar RM9.40 setiap kg,” katanya.

Datuk Ameer berkata kerajaan mesti menyatakan butiran sebab kenaikan harga, termasuk memastikan pembekal tidak menggunakan taktik tertentu yang boleh menyebabkan kenaikan harga.

“Jika mereka (pembekal) guna taktik sebegitu, kita sentiasa boleh mengimport ayam kerana harga semasa mereka adalah lebih kurang sama,” katanya.

Pada Jumaat, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika mengumumkan Belanjawan 2024, berkata kerajaan menimbang untuk menamatkan harga siling sementara yang dikenakan ke atas ayam dan telur ayam bagi membolehkan kuasa pasaran memastikan kestabilan bekalan.

Beliau berkata harga runcit semasa adalah jauh di bawah harga kawalan dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan mengumumkan butiran lanjut.

Sejak Februari 2022, kerajaan Malaysia telah membelanjakan RM3.8 bilion untuk subsidi ayam dan telur.

Sementara itu, Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Encik NV Subbarow, berkata kerajaan perlu mempertimbangkan semula untuk menaikkan harga siling ayam dan telur ayam biasa kerana bimbang langkah itu akan menaikkan harga makanan asas bagi rakyat, khususnya keluarga dalam kumpulan berpendapatan rendah (B40). – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >