Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bayi masih ditahan sebagai tebusan di Gaza

Nov 29, 2023 | 11:40 AM



BAITULMAKDIS: Kfir Bibas yang berusia 10 bulan telah menghabiskan lebih 50 hari usia baru melihat dunia dalam tahanan di Gaza dan, menurut Israel, dia telah diserahkan oleh Hamas kepada satu lagi kumpulan militan Palestin dalam kemungkinan berlakunya komplikasi usaha untuk membebaskannya.


Pada Selasa, anggota keluarganya merayu kepada pemerintah Israel dan pengantara gencatan senjata Israel-Hamas dari Mesir dan Qatar untuk membantu membebaskannya, ibu bapanya dan abangnya.

Hamas menahan Kfir, abangnya, Ariel, 4 tahun dan ibu bapa mereka, Encik Yarden dan Cik Shiri, selepas mereka menyerang selatan Israel pada 7 Oktober, membunuh kira-kira 1,200 orang dan menahan sekitar 240 orang sebagai tebusan.

Israel bertindak balas menerusi pengeboman dan serangan darat berterusan ke atas Gaza yang mengakibatkan sekitar 15,000 orang terkorban.

Rakaman video kejadian itu menunjukkan Cik Shiri yang kelihatan ketakutan, mendakap anak-anaknya dalam selimut ketika mereka diikat ke dalam kurungan. Satu lagi klip menunjukkan Encik Yarden mengalami kecederaan kepala, akibat dipukul dengan tukul.

Cik Ofri Bibas, kakak Encik Yarden, menyatakan keluarga adiknya itu tidak akan dimasukkan dalam senarai pembebasan 10 tebusan pada Selasa. Saudara-mara tebusan yang dibebaskan biasanya dimaklumkan terlebih dahulu oleh pihak berkuasa.

Hamas telah membebaskan 50 tebusan wanita dan kanak-kanak Israel, bersama 19 tebusan asing, sejak Jumaat sebagai sebahagian daripada syarat gencatan senjata. Israel pula telah membebaskan 150 tahanan Palestin dan meningkatkan penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Ketua jurucakap tentera Israel, Laksamana Muda Daniel Hagari, dalam satu taklimat berkata Kfir, Ariel dan ibu bapa mereka ditahan oleh militan Palestin selain Hamas. Beliau berkata Hamas memikul tanggungjawab eksklusif terhadap mereka.

Seorang lagi jurucakap tentera, Leftenan Kolonel Avichay Adraee, berkata keluarga itu berada di kawasan Khan Younis di selatan Jaluran Gaza.

Hamas belum memberikan lokasi atau keadaan sekitar 170 orang yang masih ditahannya.

“Apa yang kami fahamkan adalah buat masa ini, kami tidak akan dapat memeluk mereka seperti yang kami harapkan dan ini membuat kami kelu untuk berkata-kata,” kata keluarga besar Bibas dalam satu kenyataan kepada media. –Reuters​.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >