Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Beli, miliki senjata api tiruan satu kesalahan: Polis

Nov 01, 2023 | 11:12 AM



SHAH ALAM: Polis tidak akan berkompromi terhadap sebarang perbuatan memiliki, membeli, menjual dan mengedarkan senjata angin dan tiruan.


Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata demikian menyusuli aduan orang ramai yang gusar tentang urusan pembelian, penjualan dan pengedaran secara dalam talian bahan senjata termasuk senjata angin atau tiruan yang mudah diperoleh.

Susulan itu, Datuk Hussein menasihati masyarakat agar tidak terlibat dalam sebarang aktiviti itu atau berdepan tindakan undang-undang.

“Di bawah Seksyen 36 Akta Senjata 1960, adalah menjadi satu kesalahan untuk memiliki, menjual, membeli atau mengedar senjata tiruan. Mereka yang disabitkan kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi satu tahun, atau denda tidak melebihi RM5,000 ($1,435) atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata di bawah Seksyen 15 Akta itu, adalah menjadi satu kesalahan untuk mengimport sebarang senjata api atau peluru atau bahagian senjata serupa ke Malaysia (termasuk tiruan), sama ada melalui laut, darat atau udara termasuk dalam talian, melainkan seseorang itu memegang lesen import, lapor Berita Harian Malaysia.


“Mereka yang sabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 23(1) akta sama dengan penjara tidak melebihi tujuh tahun, atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Datuk Hussein berkata penggunaan tanpa kebenaran senjata palsu ini boleh menyebabkan kecederaan serius atau kematian.

“Mereka boleh berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat,” katanya sambil menambah bahawa mereka juga boleh dikenakan hukuman sehingga 20 tahun dan denda atau rotan kerana mendatangkan kecederaan parah di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Malah, beliau berkata mereka yang didapati bersalah mencederakan orang dan menyebabkan kematian juga boleh dikenakan hukuman mati mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Datuk Hussein berkata pada 2022, tindakan undang-undang telah diambil berhubung insiden tembakan menggunakan senjata tiruan di Shah Alam, di mana suspek didakwa mengikut Seksyen 36 Akta Senjata dan denda RM1,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >