Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Biden kutuk militan Hamas, ikrar terus sokong Israel

Oct 11, 2023 | 12:28 PM



WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, dengan suara yang penuh emosi mengutuk serangan maut terhadap Israel oleh kumpulan militan Hamas sebagai “perbuatan kejahatan sejati” dan menekankan sokongan Amerika terhadap warga Israel yang berduka atas pembunuhan ke atas lebih 1,000 nyawa.


Encik Biden semasa berucap di Rumah Putih menyuarakan kebimbangan terhadap mana-mana rakyat Amerika yang mungkin menjadi tebusan oleh Hamas, kumpulan yang disokong Iran yang melancarkan serangan mengejut ke atas Israel dari Gaza pada Sabtu lalu.

Sekurang-kurangnya 14 rakyat Amerika maut dalam serangan itu.

Penasihat Keselamatan Negara Encik Jake Sullivan memberitahu wartawan beliau percaya 20 rakyat Amerika hilang tetapi masih tidak jelas sama ada mereka telah dijadikan tebusan.

Encik Biden berkata Washington akan berkongsi risikan dengan Israel dan mengerahkan pakar tambahan untuk pembebasan tebusan. Encik Sullivan berkata tiada tentera Amerika yang akan dikerahkan di medan peperangan.

Encik Biden tidak meminta secara terbuka kepada Israel untuk menunjukkan kekangan diri demi mengelakkan lebih banyak korban awam di Gaza ketika Israel bersiap sedia untuk melancarkan serangan darat terhadap Hamas.

Namun, beliau berkata beliau memberitahu Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, menerusi panggilan telefon pada Selasa, bahawa militan sengaja menyasarkan orang awam manakala negara demokrasi seperti Amerika dan Israel “lebih kuat dan lebih selamat apabila kita bertindak mengikut kedaulatan undang-undang”.

“Terdapat detik-detik dalam kehidupan ini, dan saya maksudkan ini secara langsung, apabila kejahatan berlaku di dunia ini. Rakyat Israel melalui detik seperti itu pada hujung minggu ini,” kata Encik Biden kepada pemberita di Rumah Putih.

Encik Biden menyatakan sedemikian merujuk laporan “menyayat hati di mana ibu bapa dihukum dengan kejam, bayi dibunuh, seluruh keluarga dibunuh dan wanita dirogol, diserang dan diarak”.

Beliau juga mendakwa Hamas melanggar “setiap kod moral manusia” apabila mengancam untuk membunuh tebusan, termasuk mereka terselamat daripada tragedi ‘Pembunuhan Beramai-ramai Nazi’.

Beliau turut menggelar militan Hamas ia sebagai “dahagakan darah” dan melakukan “amukan terburuk selepas Isis”.

“Ini adalah keganasan, tetapi malangnya bagi orang Yahudi, ia bukan perkara baru,” kata Encik Biden.

Tambahnya, perang itu mengembalikan episod anti-Zionis dan pembunuhan beramai-ramai orang Yahudi.

Beliau juga memberi amaran kepada kepada Iran dan kumpulan yang disokong Iran seperti Hezbollah di Lebanon, yang didakwa mungkin mengambil kesempatan, namun Amerika sendiri menghantar bantuan ketenteraan ke Israel.

Encik Biden berkata beliau mempunyai mesej untuk mana-mana negara atau organisasi yang berfikir untuk mengambil kesempatan daripada situasi itu – “Saya ada satu perkataan: jangan”.

Israel ketika ini menggempur Semenanjung Gaza sejak Selasa, sebagai membalas serangan Hamas yang dilancarkan Ahad lalu, dengan serangan udara paling sengit dalam konflik 75 tahun dengan Palestin, memusnahkan seluruh daerah.

Encik Biden, yang membuat panggilan telefon ketiganya dalam tempoh empat hari dengan Encik Netanyahu, berkata Amerika akan bertindak lebih pantas, tegas dan luar biasanya sekiranya serangan sedemikian terjadi di Amerika.

Bagi bantuan ketenteraan Amerika untuk Israel, beliau berkata akan meminta Kongres mengambil tindakan segera, walaupun masih berdepan tentangan berhubung bantuan ketenteraan kepada Ukraine.

Difahamkan, Rumah Putih juga sedang mempertimbangkan untuk mengemukakan permintaan kepada Kongres untuk memasukkan bantuan ketenteraan kepada kedua-dua Ukraine dan Israel.

Rumah Putih berkata mereka akan memenuhi permintaan keselamatan tambahan kepada Israel secepat mungkin, malah Encik Biden menjanjikan penambahan pemintas yang digunakan oleh sistem pertahanan peluru berpandu ‘Iron Dome’ Israel serta peluru selain menggandakan kehadiran tentera Amerika di rantau itu. 

Encik Biden juga menawarkan sokongan kepada Yahudi Amerika dan berkata mereka harus dibenarkan untuk beribadat dengan aman di Amerika.

Encik Biden berkata pada September bahawa anti-Semitisme di Amerika telah meningkat ke paras rekod.

Kedutaan Israel di Washington berkata angka kematian akibat serangan hujung minggu Hamas telah melepasi angka 1,000, mengatasi semua serangan Islam moden ke atas Barat sejak serangan 11 September 2001 ke atas Amerika. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >