Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Britain rancang haramkan kumpulan Islam Hizbut Tahrir

Jan 16, 2024 | 04:56 PM



LONDON: Kerajaan Britain merancang mengharamkan kumpulan politik Islam antarabangsa Hizbut Tahrir, dengan menyifatkannya sebagai sebuah pertubuhan pengganas. Pengumuman itu dibuat pada 16 Januari, dengan memetik apa yang dikatakannya sebagai pujian kumpulan itu terhadap serangan 7 Oktober yang dilancarkan oleh kumpulan Hamas ke atas Israel.


Pejabat Dalam Negeri Britain mengumumkan dalam satu kenyataannya bahawa pengharaman itu bermakna sebarang aksi “mengakui, mengundang sokongan dan mempamerkan artikel di tempat awam dengan cara yang menimbulkan syak wasangka keanggotaan atau sokongan untuk kumpulan itu akan dianggap sebagai melakukan kesalahan jenayah”.

Parlimen Britain dijangka membahaskan dan mengundi mengenai tindakan itu minggu ini. Jika diluluskan, ia akan berkuat kuasa mulai seawal 19 Januari.

Setiausaha Dalam Negeri, Encik James Cleverly, berkata dalam satu kenyataan pada 15 Januari: “Hizbut Tahrir ialah sebuah pertubuhan anti-Semitik yang aktif mempromosikan dan menggalak pengganasan, termasuk memuji dan meraikan serangan 7 Oktober yang mengerikan.”

Cawangan British Hizbut Tahrir berkata usaha mengharamkannya adalah “langkah terdesak untuk menapis perbahasan tentang pembunuhan beramai-ramai di Palestin dan untuk menghentikan alternatif politik Islam yang adil”, dan ia akan mencabar langkah itu menggunakan semua cara undang-undang.

Hizbut Tahrir, sebuah pertubuhan Islam Sunni yang ditubuhkan pada 1953 dan beribu pejabat di Lebanon, telah lama aktif di Britain. Kerajaan British pernah mencadangkan mengharamkan kumpulan itu tetapi tidak melakukannya.

Ia menyeru supaya dibentuk sebuah pemerintahan Islam tunggal di seluruh dunia Islam, dan sebelum ini menyokong tindakan pengganasan terhadap Israel.


Bekas perdana menteri, Encik Tony Blair, berkata pada 2005, di tengah-tengah tindakan keras terhadap ekstremisme berikutan pengeboman berani mati yang diselaraskan di London pada 7 Julai tahun itu, bahawa beliau akan mengharamkannya, seperti yang dilakukan bekas perdana menteri Encik David Cameron pada 2010. Encik Cameron kini adalah Setiausaha Luar Britain.


Tetapi badan pemantau kerajaan mengenai undang-undang pengganasan dan kumpulan hak asasi manusia memberi amaran terhadap langkah tersebut pada 2011, dengan sebahagiannya berhujah Hizbut Tahrir tidak ganas di Britain. – Agensi berita.

Pada bulan Oktober, muncul satu video mengenai demonstrasi yang dianjurkan oleh Hizbut Tahrir, di samping protes aman yang lebih besar, di mana seorang lelaki berulang kali menyeru untuk “jihad”, mencetuskan kritikan terhadap kumpulan itu.


Encik Tom Tugendhat, menteri keselamatan Britain, berkata bahawa “meraikan serangan Hamas yang mengerikan ke atas Israel, dan menyifatkan aksi pengganas yang merogol dan membunuh warga Israel sebagai ‘wira’, adalah memalukan”. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >