Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

China adu kepada Perancis selepas pelancongnya cedera dalam rusuhan Marseille

Jul 02, 2023 | 04:02 PM



BEIJING- Konsulat-Jeneral China di Marseille mengadu kepada Perancis selepas sebuah bas yang membawa kumpulan pelancongan China di bandar raya selatan itu memecahkan tingkap.

Menurut pejabat hal ehwal konsular China dalam satu kenyataan pada Ahad, ia telah mengakibatkan beberapa kecederaan ringan kepada para penumpang .

Aduan rasmi Konsulat-Jeneral itu menggesa Perancis untuk memastikan keselamatan warga China dan harta mereka, kata kenyataan itu. 

Bas itu telah diserang oleh perusuh pada hari Khamis, menurut penyiar negeri CCTV. Ia berlaku semasa keganasan yang melanda bandar-bandar Perancis dalam beberapa hari kebelakangan ini, susuli kejadian polis menembak seorang remaja keturunan Afrika Utara.

Sekumpulan belia bertempur dengan polis pencegah rusuhan di Paris dalam satu perarakan pada Khamis sebagai mengenang kematian seorang remaja berusia 17 tahun yang ditembak oleh polis awal minggu ini di pinggir bandar Nanterre di ibu kota Perancis, menurut wartawan Reuters yang berada di tempat kejadian.


Para pelancong China itu sudah meninggalkan Perancis, kata kenyataan pejabat konsular. 

Warga China di Perancis atau menuju ke Perancis harus “mengukuhkan pencegahan” dan “lebih berhati-hati” memandangkan rusuhan yang telah melanda seluruh negara pada hari-hari kebelakangan ini, tambah kenyataan pejabat konsular. 

Rusuhan di seluruh Perancis kelihatan lebih reda pada hari Sabtu walaupun terdapat beberapa ketegangan di tengah-tengah Paris dan pertempuran sporadis di Nice, Strasbourg dan Marseille.

Berpuluh-puluh ribu polis telah dikerahkan di bandar di seluruh negara selepas pengebumian remaja itu.

Remaja itu telah ditembak mati semasa di perhentian trafik, mencetuskan api kemarahan orang ramai serta rusuhan di seluruh Perancis minggu ini.

Beliau ditembak di dada pada jarak dekat di pinggir bandar Paris di Nanterre pada Selasa, dalam insiden yang telah mencetuskan semula perdebatan di Perancis mengenai taktik polis yang telah lama dikecam kumpulan hak asasi manusia.

Kereta dan tong sampah dibakar di bahagian Paris dan seluruh negara, dengan penunjuk perasaan meluncurkan bunga api ke arah polis rusuhan. Sebuah trem turut dibakar di pinggir bandar Paris.

Presiden Perancis, Encik Emmanuel Macron, berkata pada Rabu bahawa kejadian tembakan itu tidak boleh dimaafkan.-Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >