Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Dakwa ramai ahli Umno mohon sertai PAS

Jun 23, 2023 | 03:57 PM



SEREMBAN: Parti Islam SeMalaysia (PAS) mendakwa menerima banyak permohonan daripada ahli parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno), kata Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad.


Beliau mendakwa, partinya menerima ribuan permohonan terutama ahli Umno yang kecewa di seluruh negara setiap bulan sejak kebelakangan ini.

“Bahang Pilihan Raya Negeri (PRN) sudah terasa apabila PAS menerima permohonan ramai yang terdiri daripada pemimpin di peringkat cawangan Umno, Pemuda dan Umno.

“PAS mengalu-alukan mereka (ahli Umno) menyertai parti PAS atau Perikatan Nasional (PN), kecil tapak kaki, nyiru kami tadahkan,” dakwanya.

Beliau, yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai, berkata demikian ketika ditemui di Program Himpunan Jentera Pilihan Raya PAS Rembau di Wisma Pasti Seremban di Senawang.

Turut hadir, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Haji Rafie Mustafa, dan Pesuruhjaya PAS Rembau, Encik Kamarol Ridzuan.

Beliau turut mendakwa, kebanyakan ahli Umno yang menyertai PAS secara beramai-ramai adalah kerana kecewa, rasa tertipu dengan pimpinan parti mereka sebelum ini.

“Ramai Ketua Cawangan Umno berhasrat mahu menyokong kita bersama ahli di peringkat cawangan di seluruh negara, bukan sahaja di sini,” katanya.

Selain itu, Datuk Idris berkata, PAS komited dalam menghadapi PRN di enam negeri iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

“Negeri Sembilan antara sasaran PN bagi melakar sejarah dengan melakukan kejutan memenangi PRN dan kita memerlukan kerjasama semua (penyokong) ahli parti,” katanya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >