Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Demi upah RM50, pemandu teksi sanggup bawa masuk pendatang asing

Sep 25, 2023 | 01:11 PM



ALOR SETAR: Polis Kedah menumpaskan cubaan menyeludup masuk pendatang asing tanpa izin (Pati) warga Myanmar termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun, dengan penahanan pemandu teksi warga emas yang mengambil upah sebagai ‘transporter’.


Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh, berkata dengan upah serendah RM50 ($14.5) untuk seorang Pati, pemandu teksi berusia 60 tahun itu dikesan sudah beberapa kali menggunakan teksi miliknya untuk mengangkut Pati sebelum dihantar ke sebuah penempatan transit haram di Changlun, Kedah.

Beliau berkata kegiatan licik lelaki berkenaan akhirnya tumpas selepas berjaya diberkas polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu dan Balai Polis Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, Kedah, pada 5 petang Khamis lalu.

“Suspek dipercayai mendapat upah RM50 untuk seorang Pati yang dibawanya. Malah suspek turut mengaku pernah menjadi ‘transporter’ sebanyak empat kali sepanjang bulan September untuk dihantar ke rumah transit berkenaan.

“Lelaki itu ditahan ketika membawa lima penumpang termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang disyaki Pati warga Myanmar dalam sebuah kereta yang dipandunya di hadapan Taman Hosba, Pekan Changlun, Kedah.

“Pemeriksaan lanjut mendapati penumpang teksi itu terdiri daripada seorang lelaki dan tiga wanita berusia lingkungan 30-an tahun dan seorang kanak-kanak lelaki lima tahun yang semuanya warga Myanmar dan mereka tiada dokumen perjalanan sah,” katanya dalam sidang media pada Ahad petang.

Menurutnya, siasatan lanjut kemudian membawa kepada serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di kawasan kebun getah di Kampung Cheruk Mokkan, Changlun, pada 5.45 petang Khamis, yang dipercayai menjadi transit buat warga Myanmar yang baru masuk ke Malaysia.

“Suspek dipercayai mengambil Pati terbabit di belakang sebuah restoran makanan segera di Pekan Changlun untuk dihantar ke rumah transit berkenaan.

“Siasatan mendapati suspek dipercayai menerima arahan menerusi panggilan daripada seorang lelaki Myanmar yang dikenalinya untuk mengambil Pati berkenaan di Pekan Changlun,” katanya.

Datuk Fisol berkata kes disiasat mengikut Seksyen 26A Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670) untuk tekong berkenaan, manakala semua Pati yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.


Dua minggu lalu, Polis Kedah turut menumpaskan ejen sindiket pemerdagangan manusia dengan penahanan 12 ejen sindiket warga tempatan yang aktif di Kedah.


Ejen berkenaan dipercayai mempunyai hubungan atau bekerjasama dengan ejen sindiket di Myanmar dan mengenakan bayaran antara RM5,000 hingga RM7,000 seorang untuk diseludup masuk ke negara ini, sama ada menerusi jalan laut atau darat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >