Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemegang permit kerja bukan warga M’sia: Majikan perlu bukti pekerja ada tempat tinggal

Sep 11, 2023 | 04:24 PM



Majikan dalam sektor binaan, limbungan kapal marin dan pemprosesan (CMP) akan diperlukan menunjukkan bukti tempat tinggal yang boleh diterima bagi pemegang permit kerja baru sebelum mereka dibenarkan masuk ke Singapura, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Isnin.

Keperluan baru ini akan dilaksanakan ke atas pekerja asing bukan warga Malaysia yang tiba di Singapura mulai 19 September ini, dan langkah baru ini merupakan tambahan kepada kelulusan permit kerja.

Para majikan perlu menyediakan dokumen, seperti perjanjian penyewaan atau menyewa, atau kontrak dengan penyedia tempat penginapan kepada kementerian.

Mereka yang menempatkan pekerja dalam asrama yang dibina bagi tujuan khusus, kuarters sementara binaan (CTQ), kuarters berlesen penempatan sementara (TOLQ), atau asrama mereka sendiri, akan mendapat kelulusan dalam tempoh seminggu.

Majikan yang menempatkan pekerja mereka dalam hartanah kediaman privet, hotel atau hostel patut menjangkakan proses kelulusan untuk mengambil masa sekitar enam minggu atau lebih lama kerana pemeriksaan tambahan.

Majikan yang membawa pekerja mereka ke Singapura tanpa bukti yang diperlukan berkaitan kediaman boleh berhadapan penggantungan hak pas kerja mereka.

Langkah ini timbul berdasarkan jumlah pemegang permit kerja dalam sektor CMP pada Julai 2023 adalah 19 peratus lebih tinggi berbanding kadar sebelum pandemik Covid-19, sedang MOM menyelaras kemasukan pekerja ke Singapura agar majikan boleh memenuhi projek yang tergendala dek wabak koronavirus.

Pemerintah telah bekerjasama dengan pihak industri untuk menambah bekalan katil dormitori – menambah hampir 17,000 katil sejak Disember 2022, kata MOM.

“Walau apa pun, bilangan pemegang permit kerja yang bertambah telah menyebabkan penginapan yang hampir penuh di dormitori dan lebih ramai pekerja migran sedang ditempatkan dalam penginapan bukan dormitori,” tambah kementerian itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >