Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tugas berat bersih rumah, jalan raya dan memulih lapangan terbang

Apr 19, 2024 | 11:59 AM



DUBAI: Sebuah bandar di padang pasir yang bangga dengan kilauan dan pembangunan modennya, Dubai, berdepan tugas berat pada 18 April untuk membersihkan jalan raya yang tersumbat dan mengeringkan rumah yang dinaiki air.


Itulah keadaannya dua hari selepas ribut besar menyaksikan jumlah hujan yang biasanya turun dalam setahun melanda negara itu dalam sehari.

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, sebuah hab pelancongan utama, menghadapi masalah menyelesaikan baki penerbangan yang tertunda, dan banyak jalan raya masih ditenggelami air berikutan banjir yang berlaku pada 16 April.

Ia adalah hujan paling lebat yang dialami Amiriah Arab Bersatu (UAE) dalam 75 tahun.

Sebahagian besar negara itu terganggu dan mengalami kerosakan besar.

Banjir menyebabkan penduduk terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, di pejabat dan di rumah.

Ramai melaporkan kebocoran di rumah mereka, manakala laporan di media sosial menunjukkan pusat beli-belah dilimpahi air mencurah dari bumbung.

Di Dubai, negeri UAE yang paling ramai penduduknya, lalu lintas terus terganggu walaupun perkhidmatan pengangkutan awam telah dipulihkan.

Penutupan dan lencongan jalan raya serta jalan yang ditenggelami air menyebabkan kesesakan teruk, dengan beberapa kereta terpaksa bergerak menentang arah bagi mengelakkan kawasan banjir.

Sebuah lebuh raya yang merentasi Dubai terpaksa dikecilkan kepada satu lorong dalam satu arah sahaja, manakala jalan utama yang menghubungkan Dubai dengan ibu negara Abu Dhabi ditutup sebahagiannya di kedua-dua arah.

“Ini luar biasa. Keadaan seolah-olah sedang dicerobohi makhluk asing,” kata Encik Jonathan Richards, seorang penduduk Dubai dari Britain.

“Saya bangun pagi, nampak orang dalam kayak bersama anjing dan kucing peliharaan, beg pakaian semuanya di luar rumah saya.”

Seorang lagi penduduk, Cik Rinku Makhecha, berkata hujan membanjiri rumahnya yang baru diubah suai dan mula dihuninya dua minggu lalu.

“Seluruh ruang tamu saya, semua perabot saya terapung sekarang,” katanya.

Kenderaan, termasuk bas, ditinggalkan di jalan raya dan ada yang kelihatan ditenggelami air.

Lapangan Terbang Dubai masih belum beroperasi seperti biasa selepas ribut membanjiri laluan teksi, memaksa pengalihan, penangguhan dan pembatalan penerbangan.

Di Abu Dhabi, beberapa pasar raya dan restoran menghadapi kekurangan produk, kerana tidak dapat menerima penghantaran dari Dubai. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >