Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ekon AS tidak perlu diperketat, langkah hindar inflasi di landasan betul

Dec 01, 2023 | 04:11 PM



BESSEMER CITY (North Carolina): Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat, Cik Janet Yellen, berkata pada Khamis beliau percaya ekonomi Amerika tidak memerlukan langkah perketat dasar kewangan yang lebih drastik, untuk menghapuskan jangkaan inflasi.


Ini kerana ia berada di landasan yang betul untuk “menghindari inflasi,” dengan pertumbuhan kadar pekerjaan yang kukuh.

Cik Yellen memberitahu pemberita, selepas ucapan di kilang pemprosesan litium di North Carolina, bahawa pada masa lalu, Lembaga Simpanan Federal (Fed) kadangkala terpaksa mengetatkan dasar kewangan dengan begitu banyak.

Ini adalah untuk mengelakkan inflasi daripada menjadi sebati dalam ekonomi, sehingga menyebabkan kemelesetan.

“Kami tidak memerlukannya sekarang,” kata Cik Yellen.

“Saya percaya tanda-tandanya adalah sangat baik. Kita akan dapat menghindari inflasi, dengan kadar pengangguran stabil dan pertumbuhan pula perlahan ke tahap yang mampan. Saya fikir kita berada di tengah-tengah keadaan ini,” tambah beliau.

Beliau berkata bahawa “inflasi kini telah banyak berkurangan” dengan harga yang tinggi untuk beberapa barangan seperti telur, kembali ke tahap prapandemik.

“Dan sekarang gaji yang diperolehi benar-benar merupakan pendapatan. Maka, harapan saya ialah rakyat Amerika secara beransur-ansur akan melihat bahawa keadaan menjadi lebih baik,” kata Cik Yellen. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >