Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Maliki kupas cabaran ekonomi di mesyuarat Apec

Nov 17, 2023 | 07:33 PM



Adalah penting untuk memastikan daya tahan rantaian bekalan di tengah-tengah konflik yang telah membawa kepada kos lebih tinggi dan ketidaktentuan ekonomi, kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman.

Ketidaktentuan itu dapat dirasai semasa puncak pandemik Covid-19, terang Dr Maliki. Pada masa yang sama, “ketegangan geopolitik dan konflik serantau juga membawa kepada gangguan”.

“Krisis berbilang berturut-turut ini telah mengakibatkan, antara lain, kos lebih tinggi dan ketidaktentuan ekonomi bagi orang ramai. Oleh sebab itu adalah penting untuk Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) meneruskan kerja pentingnya dalam memastikan daya tahan rantaian bekalan.

“Singapura bersedia untuk menyumbang dengan terus menerajui Fasa Tiga Pelan Tindakan Rangka Kerja Keterhubungan Rantaian Bekalan Apec,” kata Dr Maliki semasa Mesyuarat Menteri Apec (AMM) 2023 di San Francisco, Amerika Syarikat.

Beliau menghadiri Apec AMM 2023 bersama Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong. AMM itu, yang merupakan edisi ke-34, diadakan di bandar itu pada 14 dan 15 November.

Semasa mesyuarat itu, Dr Maliki menambah bahawa pandemik Covid-19 telah mendedahkan “kekurangan dunia dalam menangani penyakit baru yang sangat mudah berjangkit dalam dunia yang saling berkaitan”, oleh itu, beliau menekankan keperluan untuk mengukuhkan sistem kesihatan global.


“Singapura adalah salah satu daripada ekonomi pertama yang memperjuangkan ‘vaksin multilateralisme’ dan menyokong kuat inisiatif Akses Global Vaksin Covid-19 (Covax), yang menyediakan model asas antarabangsa untuk akses lebih saksama kepada vaksin bagi semua ekonomi.

“Laporan pada Mei 2023 oleh Imperial College London menunjukkan bahawa Covax membantu mengelakkan 2.7 juta kematian di 92 negara berpendapatan rendah.

“Ini menunjukkan kepentingan penyelesaian pelbagai hala yang mampan untuk menangani pandemik masa depan yang tidak mengenal sempadan,” tambah Dr Maliki.

Dr Maliki juga menyentuh mengenai memanfaatkan pendigitalan untuk meningkatkan capaian kepada masyarakat yang kurang mendapat perkhidmatan, serta merapatkan jurang digital untuk memastikan teknologi mudah diakses dalam pendidikan, terutamanya untuk perusahaan kecil dan sederhana (SME).

Namun, beliau menekankan bahawa pendigitalan juga merupakan pedang bermata dua, dengan jenayah siber seperti pancingan data, perisian tebusan, pelanggaran data dan penipuan dalam talian, menjadi ancaman kepada pemerintah, perniagaan dan individu.

“Memandangkan jenayah siber sering merentasi sempadan, beroperasi merentasi bidang kuasa dan menjejaskan mangsa merentasi pelbagai ekonomi, menanganinya menjadi cabaran besar, terutamanya dari segi penyiasatan dan pendakwaan.

“Tiada ekonomi boleh menangani isu ini secara sendirian. Oleh itu, kerjasama antarabangsa dan kerjasama sektor awam dan swasta adalah penting untuk melumpuhkan operasi siber jenayah dan menahan pelaku,” kata Dr Maliki.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >