Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Gagal kuasai Bahasa Melayu punca gagal dapat warganegara M’sia

Oct 23, 2023 | 05:18 PM



KUALA LUMPUR: Gagal ujian penguasaan Bahasa Melayu menjadi antara punca kebanyakan pemohon warga emas luar negara tidak berjaya dalam permohonan taraf warganegara Malaysia.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata ini kerana ujian itu menjadi syarat bagi permohonan berkenaan.

“Amalan terbaik yang diteliti di luar negara adalah penguasaan bahasa rasmi atau pertuturan negara berkenaan. Pemohon warganegara dikehendaki boleh berbahasa bahasa rasmi negara berkenaan.

“(Di Malaysia) markah lulus (ujian penguasaan Bahasa Melayu) adalah lapan, manakala gagal pula satu. Kadang-kadang kita luluskan mereka (pemohon) yang dapat (markah) dua pun... hanya boleh ucap ‘terima kasih’.

“Kebanyakan mereka yang berusia ini terlalu fasih bahasa asing. Ini antara kekangan dihadapi KDN (Kementerian Dalam Negeri),” katanya lapor Berita Harian Malaysia (BHM), merujuk sesi lisan di Dewan Rakyat pada Isnin.


Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng (BN-Tanjung Piai) mengenai isu permohonan warganegara golongan warga emas yang tidak diluluskan, selain mengambil masa lama untuk proses kelulusan.

Sementara itu, ketika menjawab soalan tambahan Encik Lo Su Fui (GRS-Tawau) mengenai dakwaan KDN tidak serius dalam isu permohonan taraf warganegara, Datuk Saifuddin berkata 10,381 permohonan sudah diberi keputusan dengan majoritinya membabitkan kanak-kanak dalam tempoh 10 bulan sejak awal 2023.

“Kebanyakan permohonan membabitkan kes anak angkat dan kanak-kanak tidak sah taraf. Mereka tak boleh ke sekolah dan terpaksa bayar bil hospital yang mahal (kerana tiada taraf warganegara).

“Kita minta pegawai di KDN selesaikan ini dahulu, sebaliknya kita ditohmah luluskan puluhan ribu permohonan warganegara kepada rakyat China, ini tidak benar,” katanya.

Terdahulu, Datuk Saifuddin ketika menjawab soalan asal Encik Su Fui mengenai penduduk tidak memiliki dokumen lengkap bagi permohonan warganegara, berkata beberapa inisiatif dilaksanakan bagi mengatasi isu itu.

“Ia termasuk Program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar) untuk membantu rakyat, terutama di kawasan pedalaman mendapatkan dokumen lengkap dan urusan permohonan warganegara,” katanya.

Pada awal 2023, Datuk Saifuddin menetapkan Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) bagi beliau ialah menyelesaikan sekurang-kurangnya 10,000 permohonan kewarganegaraan menjelang akhir 2023.

Ia diharap dapat memberi sinar baru buat individu yang layak tetapi masih belum mendapat taraf warganegara untuk menjalani kehidupan harmoni di era Malaysia Madani.

Mengikut statistik sejak 2013 sehingga 21 Februari 2023, KDN menerima 132,272 permohonan kewarganegaraan.

Isu kewarganegaraan antara masalah yang sensitif di Malaysia kerana seseorang individu itu mestilah layak selepas meme­nuhi semua syarat dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sementara itu dalam soalan mengenai isu agama, bangsa dan institusi diraja (3R), sebanyak 104 kertas siasatan sudah dibuka Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat ini.

Justeru Datuk Saifuddin berkata polis akan terus mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak tanpa mengira parti politik, yang didapati mengeluarkan kenyataan boleh menjejas dan menggugat ketenteraman awam serta membangkitkan kebencian dalam masyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >