Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Garuda Indonesia selesai uji penerbangan guna bahan bakar campuran minyak sawit

Oct 11, 2023 | 02:24 PM



JAKARTA: Syarikat penerbangan Garuda Indonesia telah selesai menjalankan ujian penerbangan melibatkan penggunaan bahan bakar berupa campuran minyak sawit pada pesawat Boeing 737-800NG.


Pesawat itu terbang lebih 130 kilometer dari ibu kota Jakarta ke Pelabuhan Ratu di bahagian selatan Pulau Jawa minggu lalu.

Pesawat berkenaan menggunakan bahan api jet yang mengandungi 2.4 peratus kandungan minyak sawit, kata ketua eksekutif Garuda, Encik Irfan Setiaputra, dalam satu kenyataan.

“Dengan hasil ujian, Garuda Indonesia bersedia untuk meneroka penggunaan bahan api penerbangan mampan dalam penerbangan komersial,” kata Encik Irfan sambil menambah bahawa penggunaan bahan api lebih meluas akan berdasarkan kajian menyeluruh yang bakal dijalankan.

Menurutnya, penggunaan minyak tersebut merupakan sebahagian daripada komitmen serta upaya berlanjutan Garuda Indonesia dalam mendukung berbagai daya usaha penyahkarbonan yang dilaksanakan melalui penggunaan bahan api berkenaan.

“Ini adalah pencapaian yang sudah kita tunggu-tunggukan. Hal ini tentunya menjadi optimis tersendiri bagi langkah kita bersama untuk merealisasikan mimpi besar kita dalam mewujudkan tenaga hijau pada ekosistem penerbangan Indonesia,” ujar Encik Irfan.

Menurutnya, dalam mewujudkan komitmen pengelolaan tenaga hijau, khususnya dalam ekosistem penerbangan, tidak akan tercapai tanpa dukungan dan penyertaaan pelbagai pihak.

Garuda telah menjalankan terlebih dahulu ujian statik dan ujian enjin di darat sejak Julai sebelum ujian penerbangan dijalankan.

Bahan bakar tersebut terdiri daripada komponen minyak inti kelapa sawit sebanyak 2.4 peratus. Produk itu merupakan hasil pengembangan yang dijalankan oleh syarikat Pertamina Group dan pengkaji dari Institut Teknologi Bandung (ITB)

Jurucakap syarikat Pertamina, Encik Fadjar Djoko Santoso, menyatakan bahawa syarikatnya mengeluarkan bahan bakar tersebut dengan memproses minyak sabit dengan minyak daripada bumi untuk dijadikan hidrokarbon hijau dan kemudiannya menghasilkan bioavtur – bahan bakar untuk pesawat.


Pengeluaran bahan bakar tersebut dijalankan di loji penapis minyak di Cilacap.

“Sebagai perusahaan tenaga, Pertamina berusaha untuk terus menjawab cabaran sejagat bagi mengeluarkan tenaga hijau, iaitu dengan memproduksi bahan tersebut untuk industri penerbangan di Indonesia,” ujar Encik Fadjar.

Sebagai pengeluar minyak sawit terbesar dunia, Indonesia telah mendesak penggunaan minyak tersebut yang lebih meluas dan sekali gus mengurangkan import minyak mentah.

Pada 2021, negara itu menjalankan ujian penerbangan dengan bahan api yang sama pada pesawat buatan Dirgantara Indonesia milik negara, yang terbang dari bandar Bandung di Jawa Barat ke ibu kota Jakarta. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >