Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Gaza terdedah risiko penyakit berjangkit merebak

Nov 09, 2023 | 01:09 PM



GAZA: Jaluran Gaza kini berdepan dengan risiko penyebaran penyakit akibat pengeboman udara Israel yang telah menjejas sistem kesihatan, akses kepada air bersih dan menyebabkan orang ramai berkerumun di tempat perlindungan, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).


Melahirkan kebimbangan tersebut, WHO berkata: “Memandangkan kematian dan kecederaan di Gaza terus meningkat akibat pertempuran yang semakin sengit, kesesakan yang teruk dan gangguan kesihatan, air dan sistem sanitasi menimbulkan bahaya tambahan – penyebaran penyakit berjangkit yang cepat. Beberapa trend yang membimbangkan sudah muncul.”

Ia berkata kekurangan bahan api di kawasan yang berpenduduk padat telah juga menyebabkan loji penyahgaraman ditutup, yang meningkatkan risiko jangkitan kuman seperti merebak cirit-birit.

WHO berkata lebih 33,551 kes cirit-birit dilaporkan sejak pertengahan Oktober, sebahagian besarnya dalam kalangan kanak-kanak bawah lima tahun.

Ia berkata bilangan kanak-kanak yang terjejas menandakan peningkatan ketara berbanding purata 2,000 kes setiap bulan dalam kumpulan umur itu sepanjang 2021 dan 2022.

Kekurangan bahan api juga telah mengganggu pengumpulan sisa pepejal, yang menurut WHO mewujudkan “persekitaran yang kondusif kepada percambahan pesat dan meluas serangga, tikus yang boleh membawa dan memindahkan penyakit”.

WHO berkata “hampir mustahil” untuk kemudahan kesihatan mengekalkan langkah pencegahan jangkitan asas dan sekali gus meningkatkan risiko jangkitan yang disebabkan oleh trauma, pembedahan dan melahirkan anak.

“Aktiviti vaksinasi rutin yang terganggu, serta kekurangan ubat untuk merawat penyakit berjangkit, meningkatkan lagi risiko penyebaran penyakit,’‘ tegas WHO.

Laporan terbaru diterbitkan The Wall Street Journal pula menunjukkan pencerobohan berterusan Israel ke atas Gaza membawa Jaluran itu ke ambang krisis air yang dahsyat.


Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pengeluaran air (melalui penyahgaraman) di Gaza menurun kepada hanya lima peratus daripada paras sebelum pencerobohan iaitu satu statistik mengejutkan yang menggambarkan keadaan semasa di wilayah berkenaan.

Disebabkan terdesak mendapatkan air, kebanyakan penduduk tidak mempunyai pilihan selain minum air daripada apa sahaja sumber yang ditemui termasuk daripada telaga sudah tercemar, air masin dan pelbagai bahan pencemar lain.

Air bersih kini menjadi sumber yang sangat terhad sehingga menjejaskan kehidupan penduduk tempatan.PBB. Sistem penjagaan kesihatan Gaza yang berada di ambang keruntuhan tidak mampu untuk menangani kesan krisis air ini. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >