Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Gencatan beri sedikit kelegaan cari air, makanan

Nov 27, 2023 | 04:18 PM



GAZA: Kehidupan di Gaza yang terkepung dan dilanda perang berkisar tentang perjuangan harian untuk mencari makanan dan air.


Bayangkan juga bagaimana sulitnya kehidupan penduduk Palestin, yang sukar mencari bahan api atau arang untuk memasak makanan yang terpaksa dicatu untuk kelangsungan hidup yang tidak pasti.

Encik Namazi Mwafi, 23 tahun, terpaksa membakar pintu dan bingkai tingkap untuk dijadikan bahan api untuk memasak.

Saban hari, beliau juga terpaksa keluar rumah sekitar 4 pagi untuk mencari air untuk keluarganya.

Beliau menunggu berjam-jam di stesen pengisian air yang sesak dengan penduduk beratur panjang sambil membawa bekas air.

Air minuman dicatu – segelas sehari bagi setiap anggota keluarganya itu.

Berpuluh-puluh ahli keluarga besarnya berlindung bersama di sebuah apartmen dua bilik di Rafah, sebuah bandar di selatan Gaza dekat sempadan Mesir.

Hampir tiada gas atau bahan api lain yang tinggal di Gaza, menurut agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang beroperasi di sana.

Akibatnya, penduduk terpaksa membakar pintu, bidai dan bingkai tingkap, kadbod dan rumput.

Ada yang tidak memasak, sekadar makan bawang dan terung mentah untuk mengisi perut.

“Kami kembali ke Zaman Batu,” kata Encik Mwafi.

Israel melancarkan tindak balas ekoran serangan Hamas pada 7 Oktober di selatan Israel, yang mengakibatkan lebih 1,200 orang terbunuh dan sekitar 240 orang ditahan sebagai tebusan.

Selain serangan udara dan darat berterusan, Israel juga telah mengepung Gaza dan memutuskan bekalan air, makanan, elektrik dan bahan api untuk lebih dua juta penduduk Palestin di wilayah itu.

Namun, gencatan senjata empat hari mulai Jumaat – yang pertama sejak perang bermula tujuh minggu lalu – menyaksikan berpuluh-puluh trak yang membawa bekalan air dan bantuan kemanusiaan memasuki Gaza.

Namun, bantuan yang tiba jauh daripada mencukupi.

Tetapi, penduduk Palestin lega kerana masalah mendapatkan makanan dan air tidak seburuk sebelum gencatan senjata dilaksanakan.

Program Makanan Sedunia telah memberi amaran bahawa hanya 10 peratus daripada makanan yang diperlukan Gaza telah memasuki wilayah itu sejak perang bermula, mewujudkan “jurang makanan yang besar dan masalah kelaparan yang meluas”.

“Tepung gandum, produk tenusu, keju, telur dan air mineral telah hilang sepenuhnya di pasaran,” kata Cik Alia Zaki, jurucakap Program Makanan Sedunia. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >