Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gencatan senjata Israel-Hamas dilanjut sehari lagi

Tentera Israel akan bergerak ke dalam mod operasi dengan cepat dan meneruskan sasarannya di Gaza jika gencatan senjata tamat
Nov 30, 2023 | 2:16 PM
DILANJUTKAN SEHARI: Di bawah perjanjian gencatan senjata yang dilanjutkan telah membolehkan lebih ramai tebusan dan tahanan dibebaskan seperti Cik  Irena Tati, 73 tahun, yang dilepaskan pada 29 November untuk dibawa ke Pusat Perubatan Sheba di Ramat Gan, daerah Tel Aviv, Israel
DILANJUTKAN SEHARI: Di bawah perjanjian gencatan senjata yang dilanjutkan telah membolehkan lebih ramai tebusan dan tahanan dibebaskan seperti Cik Irena Tati, 73 tahun, yang dilepaskan pada 29 November untuk dibawa ke Pusat Perubatan Sheba di Ramat Gan, daerah Tel Aviv, Israel - Foto REUTERS

TEL AVIV: Israel dan Hamas mencapai persetujuan saat akhir pada Khamis untuk melanjutkan gencatan senjata selama enam hari kepada sekurang-kurangnya satu hari lagi bagi membolehkan perunding terus mengusahakan perjanjian menukar tebusan yang ditahan di Gaza dengan tahanan Palestin.

Persetujuan melanjutkan pemberhentian perang dicapai enam minit sebelum perjanjian pemberhentian perang selama enam hari sebelum ini tamat.

Tentera Israel, dalam kenyataan berkata pemberhentian perang akan berterusan selagi kumpulan pengantara berusaha membebaskan lebih ramai tebusan sebagai pertukaran dengan tahanan Palestin di Israel.

Jurucakap Kementerian Luar Qatar, Majed Al Ansari berkata: “Syarat sama sebelumnya terpakai iaitu gencatan senjata dan kemasukan bantuan kemanusiaan, dalam rangka rundingan pengantara bersama Qatar.”

Pemberhentian perang pertama yang diisytiharkan selama empat hari dan dilanjutkan dua hari lagi itu membawa kelegaan kepada penduduk Gaza yang menghadapi pengeboman bertubi-tubi sejak Hamas menyerang Israel pada 7 Oktober lalu.

Gencatan senjata itu telah membolehkan bantuan kemanusiaan yang sangat diperlukan ke Gaza selepas sebahagian besar wilayah persisir pantai yang berjumlah 2.3 juta telah mengalami kehabisan makanan dan bekalan perubatan.

Hamas, yang membebaskan 16 tebusan sebagai pertukaran untuk 30 tahanan Palestin pada Rabu, berkata dalam satu kenyataan gencatan senjata akan diteruskan untuk hari ketujuh.

Perjanjian gencatan senjata itu membenarkan lanjutan jika Hamas boleh membebaskan 10 lagi tebusan sehari dan sumber yang rapat dengan kumpulan itu mendakwa, pihaknya bersedia untuk memanjangkan lagi selama empat hari.

Pada masa sama, jurucakap Tentera Pertahanan Israel (IDF), Encik Doron Spielman, berkata tentera akan bergerak ke dalam mod operasi dengan cepat dan meneruskan sasarannya di Gaza jika gencatan senjata tamat, pada Jumaat.

Terdahulu pada Rabu Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, menegaskan tentera Israel akan terus memerangi Hamas sehingga ia tidak wujud lagi di Gaza atau mana-mana wilayah lain.

Terdapat tekanan untuk melanjutkan tempoh gencatan bagi membolehkan lebih banyak pembebasan tebusan dan bantuan tambahan ke Gaza yang musnah dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik Antony Blinken, tiba di Israel, malam Khamis bagi rundingan itu. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg