Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Gombak jadi tumpuan pilihan raya negeri Selangor

Jul 29, 2023 | 04:56 PM



KERUSI Dewan Undangan Negeri (DUN) di Gombak, Selangor, dilihat sebagai medan pertempuran paling panas bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini apabila tiga pemimpin tertinggi parti di peringkat negeri bersaing merebut kerusi yang dipertandingkan.

Mendahului saingan, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor yang juga Menteri Besar sementara, Datuk Seri Amirudin Shari, berdepan pertandingan tiga penjuru bagi kerusi DUN Sungai Tua, manakala Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, bertanding di DUN Hulu Klang dan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Megat Zulkarnain Omardin, memberi tentangan di DUN Gombak Setia.

Penyandang kerusi DUN Sungai Tua, Datuk Amirudin, bakal ditentang Encik Muhammad Hanif dan calon Bebas, Encik G Suman, manakala penyandang DUN Gombak Setia, Encik Muhammad Hilman dicabar Datuk Megat Zulkarnain dan calon Bebas, Encik Muhamed Salim Mohamed Ali.

Datuk Mohamed Azmin, yang juga mantan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berada di kedudukan selesa dengan pertandingan satu lawan satu menentang Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Cik Juwairiya Zulkifli, daripada PH bagi kerusi DUN Hulu Kelang.

Dengan penyertaan nama-nama besar dalam parti bagi tiga kerusi DUN di Gombak itu, memperlihatkan kerusi DUN berkenaan menjadi medan tumpuan ramai termasuk pemimpin tertinggi parti.

Kehadiran beberapa pemimpin utama kerajaan dan negeri termasuk mantan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di pusat penamaan calon (PPC) di Dewan Mutiara Bestari Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu, Gombak, menambah kehangatan suasana hari penamaan calon pada Sabtu.

Penyokong PH-BN kelihatan bersemangat melihat kelibat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hadir mengetuai perarakan bersama calon PH.

Datuk Anwar, yang juga Pengerusi PH, turut diiringi Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg; Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Panglima Hajiji Noor; dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abd Kadir.

Penyokong PN turut teruja apabila Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin, hadir lebih awal kira-kira 8.30 pagi menyantuni ratusan penyokong di situ.

Sementara itu, satu lagi kerusi tumpuan di Selangor adalah DUN Lembah Jaya yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara penyanyi dan komposer muzik, Altimet dari PH dan calon PN iaitu Ketua Penerangan Pas Ampang, Cik Sharifah Haslizah Syed Ariffin.

Dalam pada itu, penyokong PN di DUN Paya Jaras seakan menerima suntikan semangat apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, turut berarak bersama calon mereka, Datuk Dr Abdul Halim Tamuri, dan calon PN DUN Kota Damansara, Encik Razlan Jalaluddin di PPC Pejabat Daerah Petaling Jaya.

Datuk Dr Abdul Halim akan mencabar penyandang daripada PH, Encik Mohd Khairuddin Othman, dan calon bebas Cik Nurhaslinda Basri, manakala Encik Razlan bakal bersaing bersama calon PH, Encik Izuan Ahmad, dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Encik A Sivarajan.

Bagi penggal lalu, PH merupakan kerajaan negeri setelah memenangi 51 kerusi daripada 56 kerusi DUN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Ia kini bergabung dengan BN selaras dengan pembentukan kerajaan perpaduan di peringkat pusat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >