Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

‘Hadi makin keliru kata hukum Islam tiada DNAA’

Sep 14, 2023 | 05:09 PM



KUALA LUMPUR: Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang, ditegur kerana mengatakan di dalam Islam tidak ada hukum pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) daripada pertuduhan.


Bekas pemimpin PAS yang kini menganggotai Majlis Ulama Umno, Encik Khairuddin Aman Razali, berkata dakwaan Tan Sri Abdul Hadi itu bertentangan dengan prinsip keadilan Islam.

“YB Marang itu semakin keliru tentang hukum-hakam Islam. DNAA itu adalah sebahagian daripada kerangka umum kaedah Islam al-aslu bara’atu zimmah,” katanya pada satu kenyataan pada Rabu, dipetik MalaysiaKini.


Al-aslu bara’atu zimmah menyamai konsep seseorang itu tidak bersalah hingga dibuktikan sebaliknya di mahkamah, dan secara literal diterjemahkan kepada seseorang pada mulanya bebas daripada tanggungjawab.


Encik Khairuddin berkata ini bermakna seseorang pendakwa dibenarkan melepaskan tertuduh jika ada keperluan untuk siasatan lanjut.

Tan Sri Abdul Hadi telah membuat kenyataan mengenai tiada hukum DNAA dalam Islam di Dewan Rakyat pada Rabu lalu.

Beliau memetik kisah bagaimana pemerintah Uthmaniyyah, Sultan Muhammad Al-Fateh - yang juga dikenali sebagai Mehmed Penakluk – telah didapati bersalah kerana tersilap memotong tangan seorang arkitek bukan Islam.

Bagaimanapun, arkitek bukan Islam itu memilih pampasan seumur hidup dan bukannya meminta supaya tangan pemimpin dipotong juga sebagai hukuman balasan.

Encik Khairuddin berkata kenyataan Tan Sri Abdul Hadi nampaknya menggalakkan rakyat berfikir bahawa sesiapa yang didakwa langsung telah dihukum bersalah.

“Ini kaedah yang sangat salah, bercanggah dengan Islam,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >